Tips travel ke Uluru, Australia

Uluru atau Ayers Rock adalah batu besar yang menjadi salah satu ikon pelancongan di Australia. Apa menariknya batu ini? Well, bagi saya personally, batu itu sendiri tak ada apa yang sangat menarik kecuali ia saaangatttt besarrrrr dan agak luar biasa sebab ia teletak di tengah-tengah kawasan yang tandus.

 

Uluru terletak di Kata Tjuta National Park, di tengah-tengah negara Australia di kawasan yang tak ramai penduduk dan hanya ada kawasan tandus sekitarnya. Bandar yang paling dekat dengan Uluru adalah Alice Spring (450km). Pekan terdekat pula adalah Yulara.

 

Masa terbaik melawat Uluru

Masa terbaik untuk melawat Uluru/Ayers Rock adalah antara bulan Mei sehingga September. Waktu ini lebih sejuk untuk berjalan waktu siang. Tapi malam-malam masih sejuk (boleh capai negatif darjah Celcius).

Pada waktu lain, siang agak panas dan tak berapa sesuai nak trekking dalam Kata Tjuta National Park.

 

Keudukan Ayers Rock dan laluan keretapi. Memang ia terletak dekat tengah-tengah negara Australia. Gambar kredit seat61

 

Macam mana nak ke Uluru

Disebabkan ia terletak di tengah-tengah negara Australia, tempat ini tak berapa mudah (atau murah) untuk kita pergi. Bandar yang menjadi base untuk ke Uluru adalah Alice Spring. Ada 3 cara utama untuk sampai ke Alice Spring.

 

Cara pertama: Sewa kereta dari Darwin/ Adelaide 

Darwin dan Adelaide adalah bandar utama untuk ke Alice Spring melalui lebuhraya Stuart Highway. Korang boleh nampak dalam peta kat atas ni, Adelaide terletak di selatan dan Darwin di sebelah utara. Jadi itu dua bandar yang paling dekat untuk ke Uluru dan Alice Spring.

Bagi saya personally, ini cara paling berbaloi untuk menjelajah ke Uluru.

 

Bajet

Korang boleh mulakan perjalanan atau tamatkan perjalanan dari Darwin atau Adelaide atau berakhir di Alice Spring. Contoh bajet sewa kereta:

Bajet untuk 5 hari  (Darwin – Alice Spring) = RM1500 – RM2000

Bajet 8 hari (Darwin ke Adelaide) = RM1000 – RM1500

Antara yang syarikat sewa kereta popular macam kat bawah ni. Boleh buat comparison dekat website DriveNow.

  • Avis
  • Budget
  • Europcar
  • Hertz
  • Thrifty
Ini bukan Uluru tapi Mount Conner. Rupa hampir sama macam Uluru. 

 

Kelebihan

Mengembara ke Uluru dengan cara ini lebih challenging dan dapat merasai pengalaman outback yang sebenar. Orang cakap memandu ke Uluru is one of the best australian outback experience. Korang akan melalui Stuart Highway yang panjang (keseluruhan 3000km) dan jarang-jarang bertembung dengan orang lain sebab kawasan ini memang tak ramai orang tinggal.

Satu hentian yang paling popular adalah Coober Pedy, satu bandar unik macam bandar koboi yang popular dengan pengeluaran batu opal.

Di Uluru pula, korang boleh pergi ke mana-mana tanpa perlu ikut jadual pakej. Nak luangkan sebanyak mana masa pun ikut suka hati.

 

Kelemahan

Perjalanan dengan memandu sendiri akan mengambil masa. Dan biasanya kena pergi ramai-ramai. Lebih ekonomi dan juga boleh bahagikan tugas, jadi tak penat sangat. Kalau nak full trip dari Darwin ke Adelaide, boleh ambil masa seminggu atau lebih.

Dari Darwin, perjalanan ke Alice Spring lebih kurang 17 jam, dan dari Adelaide pula 18 jam.

Korang juga perlu fikir tentang minyak, merancang perjalanan dengan betul dan juga perlu cari tempat bermalam. Tapi ini yang membuatkan perjalanan korang menarik. Selain bermalam dekat hostel/hotel korang boleh bermalam dekat campsite. Malam-malam boleh tengok Milky Way dengan terang sebab tempat ni tak ada pencemaran udara/cahaya. Cuma persediaan memang kena tiptop.

Walking trail

Cara kedua: Naik kapal terbang 

Kalau korang pilih untuk naik kapal terbang, korang boleh sampai ke Alice Spring dari mana-mana bandar besar Australia macam Sydney, Melbourne, Adelaide, Perth atau Darwin. Antara kapal terbang yang beroperasi ke Alice Spring adalah Jestar, Qantas dan Virgin Australia.

 

Bajet

Perjalanan mengambil masa 3 – 3.5 jam dan kos lebih kurang RM2000 – RM4000 untuk kapal terbang sahaja. Dari Alice Spring, korang boleh ambil pakej untuk ke Uluru. Ada beberapa syarikat kapal terbang yang buat pakej tiket sekali dengan Uluru macam tapi lebih mahal lah sebab biasanya mereka tak fokus kepada backpackers. Pakej jenis ini biasanya bermula dari RM3500 atau lebih. Ada juga kapal terbang yang ada direct flight ke Uluru tapi biasanya lebih mahal.

 

Kelebihan

Kapal terbang lebih sesuai kalau korang tak ada banyak masa untuk menjelajah Uluru. Ia juga menghubungkan banyak bandar. Dari Malaysia, korang boleh ke mana-mana bandar ini (cari tiket Air Asia paling murah), dan ke Alice Spring dengan kapal terbang tempatan. Ia juga straight to the point, tak perlu susah-susah rancang perjalanan, cari campsite dan sebagainya.

 

Korang cuma perlu cari pakej dari Alice Spring dan 2 malam penginapan di Alice Spring (sebelum dan selepas pakej).

 

Kelemahan

Agak mahal dan tak dapat merasa suasana di kawasan terpencil Australia dan masih perlu ambil pakej untuk ke Uluru. Tapi kalau money is not an issue, dan masa memang singkat dan korang tak suka roadtrip, ini pilihan terbaik.

The Olgas – salah satu tempat treking (termasuk dalam pakej 3 hari 2 malam)

Cara ke-tiga: Naik bas

Cara terakhir untuk ke Alice Spring adalah dengan menaiki bas. Satu-satunya bas yang pergi ke Alice Spring adalah bas Greyhound. Korang boleh naik bas dari 4 bandar ini sahaja iaitu Darwin, Adelaide, Perth dan Townsville.

 

Bajet

Harga murah sikit dari naik kapal terbang (RM1000-1500 pergi balik), tapi perjalananan lebih jauh dan lama.  Ada juga pakej terus dari bandar besar ke Uluru (contohnya dari Darwin). Saya tak pasti mana yang lebih berbaloi. Yang ni korang kena buat kajian lebih sikitlah.

 

Kelebihan

Kelebihannya korang boleh jumpa kawan baru dalam perjalanan sebab kebiasaannya ramai pengembara backpackers guna cara ni. Selain tu boleh juga rasa pengalaman outback. Sesuai untuk mereka yang suka mengembara beramai-ramai dengan orang dari pelbagai negara.

 

Kelemahan

Masih perlu tempah pakej di Alice Spring untuk ke Uluru. Boleh juga naik bas ke Yulara (pekan terdekat), tapi lebih rumit untuk ke kawasan tarikan dan Uluru sendiri sebab tak ada pengangkutan awam yang betul-betul berhenti di kawasan tarikan.

Trekking The Olgas

Cara lain

Naik keretapi ke Alice Spring

Sebelum tahun 2016, ada keretapi The Ghan yang menghubungkan Darwin – Alice Spring – Adelaide dan vice versa. Tapi sekarang cuma ada tiket mahal (bermula AUD1000++) dan macam tak berbaloi untuk backpackers. Melainkan korang nak percutian premium, naik keretapi untuk ke Uluru tak berapa berbaloi.

Keretapi The Ghan

 

Hitchhiking 

Kalau korang backpacker tegar boleh cuba cara hitchhiking. Tapi perempuan tak digalakkan sangat sebab sepanjang jalan adalah kawasan terpencil.

 

Pakej ke Uluru

Alice Spring adalah hentian utama untuk memulakan penjelajahan ke Uluru. Dari sini, korang boleh ambil pakej ikut mana yang berkenan. Saya cadangkan ambil 3 hari 2 malam sebab ia memang cukup-cukup untuk cover semua tempat yang menarik dekat Kata-Tjuta National Park.

 

Kalau korang berjiwa trekker, korang boleh juga cuba Larapinta Trail (223km), salah satu trek jarak jauh yang paling menarik di Australia.

Bas Emu Run Tour – biasanya untuk pakej 3 hari semua bas lebih kurang macam ni. Waktu ini kami berhenti tepi jalan untuk cari kayu api untuk campfire.

Tour operator yang popular untuk pakej 3 hari 2 malam dari Alice Spring adalah:

 

Semua tour operator lebih kurang sama je itinerary dan diorang memang dah collaborate untuk slot supaya tak bertembung dan mengelakkan satu-satu tempat crowded dalam satu-satu masa. Tapi biasanya untuk sunset dan sunrise memang crowded sebab tempat lookout memang sama.

Biasanya kos lebih kurang AUD350-400 (RM1000-1500). Ada juga operator yang ada promosi sekali dengan penginapan di Alice Spring (untuk 2 malam, iaitu sebelum dan selepas tour). Masa paling pendek untuk keseluruhan trip ini adalah 5 hari 4 malam – bermula dan berakhir di Alice Spring.

Kalau korang tak mahu pakej 3 hari 2 malam dan hanya mahu melihat Uluru sahaja, ada juga pakej setengah hari atau sehari (harga bermula AUD70+). Selain syarikat diatas boleh juga check dekat AAT Kings dan Aus Tour.

 

Tapi seriously, 3 hari 2 malam is the best option. Korang boleh rasa tidur atas tanah (dalam swag), ada campfire, tidur dalam khemah, trekking ke Kings Canyon, pergi The Olgas dan juga semestinya Uluru.

Swag dalam khemah. Malam pertama tidur dalam swag ni juga, tapi atas tanah. Bersedia untuk tidur dalam debu.

Lain-lain:

Lain-lain tips yang mungkin berguna:

  1. Cuaca malam sangat sejuk walaupun siang panas.
  2. Korang boleh inform tour operator untuk makanan halal – biasanya diorang bagi vegetarian je lah.
  3. Ada 1 malam, kami tidur dalam swag, atas tanah & bawah bulan bintang sahaja. Dan cuaca tersangat sejuk, lebih kurang 1 darjah Celcius. (Nasib baik waktu tu saya dapat sleeping bag extra). So be prepared.
  4. Bersedia dengan net untuk tutup muka sebab banyak lalat. Boleh dapat dalam AUD5. Memang dekat Uluru kalau datang musim panas (atau cuaca tak sejuk waktu siang) banyak sangat lalat. Silap-silap tengah bercakap boleh masuk mulut.
Khemah tetap yang sentiasa ada kat sini. Sebab tu rupa dia agak buruk.

Last but not least, Uluru mungkin bukan untuk semua orang. Pergi kalau:

  • Korang berminat tentang geologi
  • Ini memang ada ada dalam bucket list
  • Korang nak buat outback roadtrip dari Adelaide ke Darwin, atau vice versa
  • Korang nak trekking dekat Kata-Tjuta National Park
  • Korang nak pergi ke tempat yang boleh tengok Milky way terang waktu malam
  • Nak rasa cuaca separa padang pasir

Jangan pergi kalau korang semata-mata nak tengok batu Uluru je, macam tak berbaloi. Might even be dissappointed.

Uluru dari dekat.

Saya pergi ke Uluru pada tahun 2014 iaitu termasuk dalam siri pengembaraan Australia 362 hari. Saya naik keretapi The Ghan dari Darwin ke Alice Spring (sekarang dah tak ada yang tambang murah). Dari Alice Spring, saya ambil pakej dari Emu Run Tour. 3 hari 2 malam. Dekat Alice Spring saya tinggal dekat Alice Lodge Backpackers untuk 2 malam – sebelum dan selepas tour. Hostel YHA pun OK dan bajet. Kalau ada kad YHA dapat diskaun.

 

Kat hostel memang boleh tinggal barang lain dalam bilik khas waktu kita pergi tour.  Dah habis tour, dari Alice Spring, saya naik kapal terbang ke Sydney dan dari Sydney balike ke Kuala Lumpur.

 

Overall, not bad dan satu pengalaman baru. Yang penting been there done that dan fenomena ini hanya ada satu dalam dunia dan merupakan salah satu UNESCO World Heritage Site..

 

Recommended hostel dekat Alice Spring:

Alice Spring YHA

Alice Lodge Backpackers

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *