Tips mengembara ke India

Setakat ini saya dah 2 kali pergi ke India. Dalam trip pertama, kami mengembara dari Kolkata ke Delhi dan melawat tempat popular seperti Agra (Taj Mahal), Jaipur, Jodhpur dan juga Varanasi. Dalam trip kedua pula, kami mengembara ke bahagian utara India iaitu di negeri Jammu Kashmir, bermula dari Srinagar sehingga Leh dan seterusnya Manali. Dalam trip itu juga kami melakukan trekking 7 hari ke Markha Valley.

 

India adalah negara yang amazing dalam banyak segi. Dari selatan ke utara, memang banyak yang kita boleh experience. Negara ini juga sangat besar dan merupakan negara ke-tujuh terbesar dalam dunia. Kalau korang belum ke India, boleh baca artikel ni.

 

Sebagai panduan, ini adalah tips untuk mengembara ke India.

 

Visa

Untuk ke India, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mohon visa. Boleh rujuk artikel ini untuk langkah-langkah untuk memohon. Sekarang juga dah ada khidmat permohonan visa online. Jadi lebih senang an tak perlu beratur pergi pejabat imigresen. Boleh rujuk artikel ini untuk langkah.

 

Harga visa lebih kurang RM220 (tengok nilai tukaran wang juga). Kalau pergi ke pejabat imigresen (bukan online), harga visa lebih murah (dalam RM190).

Korang boleh pohon visa sebulan sebelum tarikh travel. Jangan apply terlalu awal sebab nanti dah tak sah bila sampai masa nak travel.

 

Penginapan

Penginapan bajet yang OK dekat India biasanya bermula dalam Rs600 sehingga Rs2000 (RM40 – 130). Bilik sekitar Rs1000+ biasanya dah cukup selesa untuk backpackers. Korang boleh tempah dekat Agoda, Booking.com atau Hostelbookers sebab memang banyak pilihan dekat sini.

 

Hostel backpackers yang ada bilik dorm juga dah banyak, terutamanya di bandar besar seperti Delhi, Kolkata dan Srinagar. Tapi, untuk perempuan, memang digalakkan ambil bilik female only. Cari juga hostel yang banyak review (lebih 100 review) supaya tak tertipu. Selain itu, pastikan lokasi hostel terletak dekat kawasan yang selamat dan dekat dengan public transport.

 

Boleh juga terus uruskan hotel transfer dengan hotel yang korang tempah supaya nanti tak terjebak dengan pemandu yang ambil kesempatan di stesen-stesen keretapi, bas ataupun di lapangan terbang. Biasanya hostel juga ada sediakan makanan, ada juga yang berbaloi, ada yang tak.

 

Duit

India memakai matawang Rupee. Kadar wang India lebih rendah dari Malaysia. 100INR lebih kurang RM6.3. Biasanya saya tukar semua duit dari Malaysia sebab tak pandai nak cari pengurup wang yang OK dekat India (kalau ada siapa-siapa yang pernah tukar duit dekat India, bolehlah share dekat sini).

 

Harga barangan dan makanan dekat India biasanya murah sikit dari Malaysia. Contohnya satu meal nasi dengan air hanya berharga Rs 90 – 250 (RM5-15).

 

Internet access

Biasanya hostel ada menyediakan wifi dan servis not bad juga. Tapi, kalau dekat bandar terpencil, ia agak lembap. Pernah dekat Leh, internet terputus selama 2 hari dan bagi orang setempat, ia adalah perkara biasa. Tapi dekat bandar besar tak pernah lagi berlaku perkara macam ni.

 

Kalau nak beli simcard, syarikat yang paling popular adalah Airtel. Memang berbaloi pakai servis mereka. Harga simcard bermula Rs300 dan sah untuk sebulan. Korang boleh beli di kedai runcit dan mereka boleh tolong untuk setup.

 

Pengangkutan

Pengangkutan paling popular dekat India adalah auto rickshaw. Memang kalau dekat bandar besar, ini antara pengangkutan utama. Jangan lupa tanya hotel atau orang tempatan tentang harga yang berpatutan dan tawar menawar sebelum naik. Kalau ada pejabat tiket, lebih bagus pergi ke pejabat untuk dapat harga yang berpatutan.

 

Selain itu, sesetengah bandar juga ada metro (macam lrt). Bas juga merupakan pengangkutan biasa di India. Tapi untuk travel jarak jauh, yang paling popular adala dengan menaiki keretapi. Ini cara yang paling saya suka.

 

India juga ada kapal terbang local macam Indigo dan Air India yang menghubungkan bandar-bandar kecil.

 

Keselamatan

 

Scam adalah perkara yang selalu berlaku dekat India, terutamanya bandar besar. Mungkin itu cara diorang nak survive di dalam populasi yang ramai. So, kita perlu sentiasa berhati-hati.

 

Scam yang paling biasa adalah bila ada orang datang dan cakap nak bantu bila tengok kita macam pelancong yang terkial-kial cari jalan. Pernah kami tanya orang tempatan, dekat mana lokasi KFC dekat Delhi, tapi dia kata KFC tutup sebab ada perayaan hari tu. Jadi, dia pun offer nak bawa ke tempat lain, mula-mula kami ikut, tapi lepas tu macam something wrong. Jadi kami just say thank you can cari sendiri. Memang KFC tu tak tutup pun, buka je macam biasa.

 

Kalau korang memang sentiasa berhati-hati bila ke luar negara, bila di India, gandakan tahap berhati-hati itu. Selain dari itu, semuanya OK je.

Aktiviti

 

Dekat India banyak sangat aktiviti boleh buat. Yang paling popular adalah melawat Taj Mahal, naik keretapi, merasai lassi tempatan, trekking (terutamanya dekat bahagian north yang sejuk dan dekat dengan pergunungan Himalaya), pergi ke pantai di Goa, merasai suasana daerah selatan di Kerala, melawat beratus-ratus fort di serata negara dan juga shopping sari.

 

 

Tips lain:

  1. Beli tiket sewaktu promosi Air Asia. Setakat ini, penerbangan paling murah dari Malaysia ke India adalah dengan Air Asia. Setakat Disember 2017, Air Asia pergi ke 19 destinasi di India.
  2. Terbang dalam negara India – guna Jet Airways atau Air Indigo (macam air Asia)
  3. Cuba makanan vegetarian
  4. Jangan mudah percaya orang yang berbuat baik
  5. Travel dengan keretapi untuk pengalaman berinteraksi dengan orang tempatan
  6. Pergi dalam kumpulan, kalau belum biasa travel sendirian
  7. Bawa ubat – kalau ke tempat tinggi, beli ubat untuk ams. Charcoal tablet elok untuk cirit-birit
  8. Minum air dalam botol sahaja
  9. Cuba lassi
  10. Cuba chai masala
  11. Minum banyak air
  12. Jangan beri sedekah – biasanya ia adalah sindiket

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *