AustraliaWorking Holiday

Tentang Working Holiday Australia

Visa working holiday Australia adalah satu visa untuk menggalakkan orang muda mengembara dan cari pengalaman di Australia. Sambil itu boleh bekerja sementara untuk tampung perbelanjaan ketika mengembara.

Tempoh visa ini adalah setahun dan kos untuk memohon jauh lebih murah dari visa-visa yang lain. Biasanya permohonan dibuka selepas bulan Julai. Anda boleh rujuk laman web ini untuk maklumat terkini. Untuk visa tahun ini (Julai 2015/Jun 2016), semuanya sudah habis. Anda boleh cuba tahun depan.

Untuk pengetahuan, hanya ada dua negara yang menawarkan visa Working Holiday kepada rakyat Malaysia iaitu New Zealand dan Australia.

 

Siapa yang layak memohon?

  • Rakyat Malaysia yang berumur 18-30 tahun
  • Mereka yang ada ijazah (sekurang-kurangnya, atau yang sedang belajar di tahun ketiga di university/kolej) – Pemegang diploma tidak layak memohon (saya pun tak tahu kenapa mereka ketat sangat bab ini)
  • Ada kelayakan bahasa Inggeris (dimana belajar di Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar atau anda boleh ambil peperiksaan IELTS)

 

Dokumen yang perlu disediakan

  • Borang permohonan
  • Bayaran untuk visa
  • Bukti kelayakan pendidikan (ijazah)
  • Kelayakan bahasa Inggeris (boleh dapat surat dari university atau boleh ambil IELTS)
  • Bukti kewangan (bank statement)
  • Surat kelakuan baik dari kerajaan (boleh dipohon di Wisma Putra, Putrajaya)
  • Senarai checklist

 

Cara memohon:

  1. Pergi ke website ini dan buat appointment secara online:
  2. Sediakan semua dokumen dan bawa pada hari appointment
  3. Jika semuanya OK, pihak pejabat akan minta anda buat pemeriksaan kesihatan. Hasil pemeriksaan akan dihantar kepada mereka oleh pihak hospital
  4. Tunggu sehingga mereka hantar email samaada visa itu lulus atau tidak

* Waktu saya pergi dahulu sedikit lain caranya. Langkah diatas adalah berdasarkan informasi dari website mereka. Dahulu, kami perlu beratur di hadapan kedutaan Australia di jalan Yak Kwan Seng dari malam sampai  7 pagi keesokan harinya. Kami beratur tengah-tengah malam macam beratur nak beli tudung Farida atau Iphone 6 gayanya. Yang paling awal waktu itu sampai pukul 8 malam. Saya sampai jam 11 malam, menjadi orang ke-15. Menjelang pukul 3-4 pagi, kuota 100 orang sudah penuh, tapi masih ramai yang berpusu datang.

 

Apa bezanya dengan ETA?

Untuk melawat Australia, kita perlu mohon ETA sahaja di agensi pelancongan yang terpilih. ETA sah untuk setahun, tapi kita boleh tinggal disana selama 3 bulan sahaja dan perlu kembali dan datang semula jika mahu. Ia hanya untuk tujuan lawatan.

Dengan Working Holiday, kita boleh tinggal selama setahun. Pemegang visa juga dibenarkan bekerja asalkan mendaftar nombor cukai dengan kerajaan Australia dan mempunyai akaun bank Australia. (bila sudah mahu pulang, wang cukai boleh diambil semula).

 

Senang tak nak dapat kerja disana?

Di Australia, dengan visa ini, macam-macam kerja anda boleh dapat, dari kerja restoran sehinggalah kerja petik buah. Senang atau tidak itu terpulang kepada sejauh mana anda usaha, atau nasib anda macammana, dan orang-orang yang anda kenal. Ini kerja-kerja yang saya pernah buat di New Zealand dulu. Untuk cerita tentang pekerjaan saya di Australia, anda boleh baca buku saya nanti 😉

 

Tentang kerja di ladang-ladang

Kerana kerja yang paling popular untuk pemegang visa working holiday adalah di ladang-ladang buah-buahan, jadi eloklah saya terangkan serba sedikit:

  • Ia bukan kerja senang macam dalam tv – petik buah sambil bawa bakul kecil, dan sebagainya
  • Kena pantas dan kerja bawah matahari – biasanya lah
  • Ia jauh lagi penat dari kerja dalam pejabat
  • Kadang-kadang dibayar ikut kepantasan – kadang-kadang tak berbaloi pun dengan kos sara hidup
  • Persaingan sangat banyak – kerana ramai pengembara dari Eropah melakukan working holiday (berpuluh-puluh ribu dari setiap negara)
  • Ikut musim dan keadaan semasa – kadang-kadang buah rosak, jadi tiada kerja
  • Tiada jaminan, tiada kemudahan asas, etc, etc (kadang-kadang anda perlu menggali tandas di tepi pokok untuk buang air)

Tapi, bagi saya yang mahukan pengalaman hidup, saya redah saja semua ini.

 

Alternatif lain untuk pengalaman bekerja di Australia:

Selain bekerja dengan dibayar gaji, anda juga boleh menjadi sukarelawan. Ada sukarelawan yang dibayar dengan makanan dan tempat tinggal, dan sebagainya. Antara pilihan yang ada adalah seperti di bawah:

  1. WWOOF – kerja di ladang organik. Biasanya anda perlu bekerja sekitar 2 sehingga 5 jam sahaja sehari dan diupah dengan tempat tinggal dan makanan. Biasanya anda akan tinggal dengan tuan rumah juga. Ia cara yang baik untuk berinteraksi dengan orang tempatan dan lihat cara hidup mereka sehari-hari.
  2. Helpx – Juga berfungsi seperti WWOOF, tetapi skopnya tidak hanya pada ladang organic. Disini anda boleh bekerja dalam banyak bidang seperti hospitality, wildlife protection dan juga di ladang-ladang. Saya pernah melakukan 3 kali helpx yang semuanya berbeza. Satu membantu di tapak pengubahsuaian rumah, kedua menjaga haiwan liar dan ketiga menjadi cleaner di resort tepi pantai.
  3. Conservation Volunteer Australia – Organisasi ini lebih kepada organisasi sukarelawan biasa, tetapi ia banyak tertumpu kepada pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan terlindung. Saya cuma sertai satu program mereka, iaitu menanam pokok di kawasan pembiakan platypus. Ia juga ada program beberapa hari, namun ia adalah berbayar.

Untuk maklumat tentang working holiday New Zealand, sila klik disini. (Kalau anda mahu artikel ini juga ditulis dalam Bahasa Melayu, sila beritahu saya)

 




 



3 thoughts on “Tentang Working Holiday Australia

  1. salam..sis..

    sya nk tnya pasal working holiday visa…
    sye dh apply holiday visa.utk 3bulan j dn skrg bkrja kt australia….sye thu slah..sis boleh tolong x.cara nk mohon step working visa cmne..

    boleh k sye apply dari aussie trus?..
    skrg bulan sebelas..ade lagi x visa tu?..
    kalau sye mohon thun depan..boleh k dgn holiday visa dh tmat?..
    harp sis boleh tolong sye…trima ksih

    1. tahun ni dah habis. Tahun depan try la check dalam bulan jun/julai. tak sure boleh orang lain tolong apply kan, macam boleh..cuba check website diorang..tapi nanti rasanya kalau nak activate visa tu still kena balik Malaysia dulu, lepas tu datang balik, then baru dia start kira yang tempoh setahun tu…

  2. Salam sis…..sy baru merancang nk g aussie n nk mrasa pengalamn hidup di sne…..sy xde ijazah tp ada diploma shaja…..ade x cre lain yg sy boleh mohon…..n kos utk mohon visa tue brapa….harap sis boleh tolong sy….terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *