10 tempat menarik di New Zealand

Saya pernah mengembara sambil buat Working Holiday di New Zealand selama 8 bulan. New Zealand adalah antara negara paling cantik yang saya pernah pergi setakat ini. Penduduknya juga peramah dan kehidupan disini sangat relax. Selain itu, ia juga mesra backpackers.

 

10 tempat ini adalah tempat yang paling saya suka di New Zealand sepanjang mengembara disana. Tapi, sebenarnya, ada banyak lagi tempat yang menarik di negara ini, tak kira di South Island ataupun di North Island.

 

1. Lake Tekapo (South Island)

Tekapo adalah bandar kecil di South Island, dekat dengan Mount Cook can Twizel. Yang paling popular di Tekapo adalah tasik warna turquoise dan lupin (bunga ungu) yang penuh waktu musim bunga. Tapi pergi waktu lain pun pemandangan masih sangat cantik. Gambar di atas saya ambil waktu pergi musim luruh.

 

Tekapo boleh dijadikan base untuk pergi ke Mount Cook yang tak jauh dari sini. Penginapan di Mount Cook lebih mahal, so korang boleh duduk sini dan pergi ke Mounth Cook dengan buat day trip.

 

Selain dari Mount Cook, antara aktiviti lain yang popular dekat ini ialah melihat bintang di Mount John Observatory. Kalau cuaca cerah, memang berbaloi ikut trip ini. Korang akan nampak Milky Way dengan mata kasar. Saya bertuah dapat pergi kesitu dan ia antara langit malam yang paling cantik saya pernah tengok. (Saya juga nampak planet Zuhal dengan teleskop mereka – yup planet yang ada gegelung tu).

 

2. Mount Cook  (South Island)

Waktu saya pergi Mount Cook, cuaca mendung dan hujan sepanjang masa, jadi macam ni je gambar yang dapat – Mount Cook is 100% better than this. Cuba korang google kalau tak percaya. 

 

Waktu singgah di Tekapo, saya ambil trip ke Mount Cook naik bas. Penginapan dekat Mount Cook tak banyak dan tak berapa murah, so better plan awal atau buat alternative untuk samaada tinggal di Tekapo atau Twizel. Biasanya ada day-trip dari situ. Kalau korang drive sendiri lagi senang.

 

Di Mount Cook, saya buat treking ke Hooker Valley – treking pendek 2-3 jam tapi sangat berbaloi untuk melihat gunung ini dengan lebih dekat. Kalau nak tahu, inilah gunung pertama Sir Edmund Hillary panjat untuk latihan sebelum dia jadi lelaki pertama tawan gunung Everest. Ada juga muzium pasal encik Hillary yang korang boleh pergi kat sini.

 

3. Christchurch  (South Island)

Saya kat sini lebih kurang 2 minggu sebelum Christchurch mengalami gempa bumi yang memusnahkan sebahagian gereja yang jadi mercu tanda bandar ini. 

 

Christchurch adalah bandar terbesar di South Island dan bandar ketiga terbesar di New Zealand (selepas Auckland dan Wellington). Saya lebih suka bandar ini berbanding Auckland dan Wellington.

Chrischurch adalah bandar dalam taman dan sangat kelihatan Inggeris dengan tram merah. Saya suka berjalan-jalan di sekitar bandar, tengok orang piknik dan duduk bawah matahari dekat taman-taman yang banyak disini.

 

4. Cape Kidnappers – Hastings  (North Island)

Koloni burung Gannet colony di Cape Kidnappers

 

Secara am nya, tak ada apa sangat yang menarik di Hastings. Ia merupakan bandar yang popular untuk mereka yang buat working holiday bekerja (di ladang epal atau anggur).

 

Tapi, lebih kurang 20 kilometer dari bandar, terletak satu kawasan yang menjadi tempat burung gannet bermigrasi setiap tahun dari bulan Oktober hingga Januari. Dari tempat letak kereta, kami perlu jalan di pesisir pantai dan perlu hiking sikit untuk sampai ke kawasan tinggi dimana koloni burung ini tinggal.

 

Memang sewaktu sampai disitu, kami macam speechless sebab terlampau banyak burung gannet bewarna putih dan kuning memenuhi setiap ruang. Suasana juga bising dengan suara burung-burung ini. Ia macam sesuatu yang kita tengok dalam siri National Geographic Great Migration.

 

Memang recommended kalau datang sekitar waktu ini dan melalui kawasan Hastings. Tapi tak semua hari korang boleh pergi, sebab kadang-kadang laluan kesini ditutup kerana air pasang. Perlu selalu periksa dekat i-site Hastings.

 

5. Wanaka  (South Island)

Sunset di tasik Wanaka

 

Wanaka merupakan satu lagi bandar kecil di tepi tasik Wanakan yang menarik di South Island. Ia tempat yang bagus untuk rehatkan minda dan just relax sebelum adventure seterusnya.

 

Antara tempat yang popular kat sini adala Puzzling World (macam magic museum) dan Cinema Paradiso, iaitu satu panggung wayang lama yang klasik dan masih beroperasi sepenuhnya sampai hari ini. Susunan seat dalam wayang memang berbeza dengan wayang biasa, siap ada kereta klasik lagi. Selain itu, waktu pertengahan filem, mereka akan hentikan tayangan dan jual makanan macam cookies dan jus. Saya sempat tonton cerita The Kings Speech kat sini waktu melawat Wanaka dulu.

 

6. Milford Sound  (South Island)

Kalau ambil overnight cruise di Milford Sound, ada sekali pakej kayak

Milford Sound adalah kawasan fjord yang sangat menarik untuk dilawati dengan menaiki cruise. Biasanya ada dua pilihan cruise iaitu day trip atau overnight trip. Day trip adalah trip sehari suntuk dari pagi sampai petang dan overnight trip pula, dari pagi sehingga pagi berikutnya dimana korang boleh bermalam dalam cruise.

 

Saya pilih overnight cruise sebab saya nak spend masa lama sikit dekat situ and sangat worth it. Makanan pun sedap-sedap. Selalunya tour akan bermula dan berakhir samaada dari Te Anau atau Queenstown.

 

Kalau korang lebih adventurous, korang boleh buat Milford trekking selama beberapa hari. Ia adalah antara treking terbaik dalam dunia!

 

7. Arrowtown  (South Island)

arrowtown
Autumn in Arrowtown

 

Arrowtown terletak berhampiran dengan Queenstown dan merupakan pekan kecil sahaja. Dari Queenstown boleh naik bas Connectibus kalau nak kesini. Pekan ini sangat dreamy pada musim luruh, terutamanya ketika banyak daun sudah bertukar ke warna kuning, oren dan merah.  Ia juga ada laluan kedai lama dan comel macam set penggambaran filem – klasik dan simple.

 

Ia sebab utama kenapa saya sangat suka pekan ini. Sehari sahaja (beberapa jam sahaja sebenarnya) di bandar ini dah cukup untuk explore semua tempat. Saya rasa tak ada hostel dekat sini. Kalau ada pun, mungkin penginapan yang agak mahal.

 

8. Tongariro  (North Island)

Yang macam semut tu adalah orang..hehe

 

Saya suka aktiviti trekking (atau orang sini panggil ‘tramping’). Tongariro merupakan tempat trekking yang paling menarik (untuk trek pendek) di North Island.

Secara keseluruhan ia mengambil masa 8 jam, agak lama tapi sangat berbaloi. Sepanjang treking kita akan jumpa Moon Crater (macam dalam gambar ni), Blue Lake, Emerald lake dan pemandangan cantik merata-rata. Kalau korang suka naik gunung ataupun atau bukit, memang sangat recommended pergi treking dekat sini.

 

9. Queenstown  (South Island)

Minit-minit yang paling seram, tapi best!

 

Queenstown adalah bandar kedua terbesar di South Island selepas Christchurch. Bandar ini popular untuk aktiviti ekstrem macam bungy jumping, swing, skydive dan canyoning. Perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat aktiviti ekstrem ini adalah world class dan membuatkan ramai orang datang sini semata-mata untuk buat aktiviti ini sahaja. Dari segi keselamatan memang tak ada kompromi, so setakat ini boleh dikira selamat.

Kerana tak berani untuk buat bungy jumping (dan tak cukup bajet untuk buat skydive), saya cuba swing sahaja dekat sini. Still, one of the best things I’ve ever did.

 

10. Pollard Park – Blenheim (South Island)

Saya dan pemegang visa working holiday yang lain dari Malaysia dan seorang dari Jepun.

 

New Zealand ada banyak taman. Hampir setiap bandar atau daerah ada taman bunga yang besar. Antara yang paling besar adalah di Christchurch dan Hamilton. Tapi yang paling menjadi kegemaran saya adalah Pollard Park di Blenheim.

 

Ia bukanlah taman yang popular pun, tapi sewaktu di ladang anggur sekitar kawasan ini, saya sempat kesini pada hujung minggu dan fell in love. Ia tempat yang menarik untuk berjalan-jalan dan piknik dengan kawan-kawan. Kalau korang melalui kawasan ini dan ada masa, apa salahnya singgah sekejap.

 

So, itulah 10 tempat yang paling saya suka sewaktu tinggal di New Zealand dulu. Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang saya belum pergi walaupun tinggal agak lama kat sana. Mungkin masa akan datang, kalau ada peluang saya nak trekking multidays pula.

 

Korang dah pernah pergi New Zealand? Kalau dah, tempat mana favourite korang?

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *