Semua backpacker mesti ada 6 perkara ini

OK, jom kita mula dari awal. Ramai orang yang baru nak mula backpack akan tanya macam mana nak mula jadi backpacker?

Jawapan senang adalah cari duit, beli tiket kapal terbang dan lepas tu pergilah travel. Tapi setelah beberapa tahun travel, saya harap orang jawab dengan lebih lengkap contohnya berapa bajet untuk backpack biasanya? Apa yang saya mesti ada sekurang-kurangnya untuk pengembaraan pertama, dekat mana nak cari pakaian yang sesuai, mahal ke satu backpack…dan info-info macam tu.

Jadi untuk yang baru habis belajar dan mula nak berjinak dengan backpacking, saya cuba tulis tentang apa yang korang perlu ada waktu merancang untuk pergi backpacking. Harap membantu lah.

 

1. Beg Backpack

Biasanya saya selesa bawa 2 beg. 1 beg backpack besar dan satu lagi day pack – untuk aktiviti harian.

Backpack pertama saya adalah backpack jenama Bodypac 45+10L. Entah la ada lagi ke tak backpack jenama tu sekarang. Beg tu agak berat dan sebab ia besar dan biasanya kita akan sumbat selagi boleh. Akhirnya jadi 12kg nak bawak berjalan. Kalau jalan 500 meter memang ok lagi, kalau 2,3 kilometer memang macam nak patah bahu. Tambah lagi dengan satu sling back bunga-bunga sebagai day pack.

Beg lama…banyak jasa dia ni

Lepas tu saya tukar strategi. Saya beli backpack kecil je (itupun lepas 8 tahun pakai backpack Bodypac tu).

Sekarang saya pakai backpack Osprey Tempest 30L sebagai beg besar dan Kathmandu Dash 20L sebagai beg harian. Dua-dua beli masa dekat Australia dan dua-dua beg ni masa tu tengah sale gila-gila, jadi saya dapat harga murah. Harga asal agak tak masuk akal lah.

Untuk beginner, saya suggest lupakan dulu beg Deuter atau North Face (melainkan korang memang banyak duit). Start small. Karrimor OK juga. Tapi walau apa pun bajet, saya cadangkan, jangan beli beg yang terlalu murah (kurang dari RM100) dan yang lebih dari 35L.

 

Beg sekarang. Yang kecil tu boleh lipat masuk dalam yang besar.

 

Ada dua sebab kenapa jangan beli beg lebih 35L. Pertama, beg dalam 30L cukup-cukup untuk hand-luggage (7kg biasanya). Beg 30L saya pun pernah cecah 8-9kg, nasib baik lepas luggage Air Asia dulu. Bila dah guna hand-luggage je, tak perlu beli luggage bila tempah kapal terbang. Dah jimat kos.

Kedua, memudahkan berjalan kesini sana. Tambah tambah lagi kalau korang sesat 2,3 jam nak cari hostel. Dah rasa baru korang tau jauh sangat beza beg 30L dengan 40L.

Setakat ni saya dah bawak beg 30L tu untuk travel 24 hari ke China dan 19 hari (hiking trip) ke India(cuaca sejuk). Muat untuk semua benda.

 

Lagi satu kena ingat, functional is better than style. Nak beli beg Deuter ciplak OK kalau kualiti tak teruk sangat (orang cakap Vietnam punya OK, tapi saya tak sure sangat).

Untuk day pack pula, saya sarankan beli yang antara 10L – 20L. Day pack ni kita guna untuk pakai setiap hari. Cari yang selesa. Kalau selesa pakai sling bag beli lah sling bag. Tapi handbag tak berapa nak recommend lah sebab tak berapa secure. Tapi ramai je kawan-kawan saya pakai totebag je sebagai beg harian.

Paling bagus kalau beg tu boleh lipat dan masukkan dalam backpack besar. Dah sampai destinasi baru keluarkan dan guna.

Baca juga: Apa yang perlu ada dalam backpack

The last Power (Bata) & the first New Balance (Apr 2011).

2. Kasut

Ini yang kedua terpenting selepas beg. Kasut yang paling baik adalah kasut yang korang paling selesa. Kasut bukan selipar atau sandal ok.

Backpackers biasanya banyak berjalan. Sehari 10km itu adalah perkara biasa. Majoriti backpackers mesti setuju bab ni. Jadi, beli kasut yang paling selesa dengan bajet yang ada.

 

Saya personally suka kasut sukan. Sebab ia 3 dalam satu – kasut berjalan, kasut berjogging/berlari dan kasut hiking. Sejak 6 tahun lepas saya jatuh cinta dengan kasut New Balance. Sebelum tu pakai kasut Power Bata je. Sampai jugak ke New Zealand. Macam biasa, beli bila ada sale je dan bila kasut lama memang dah tak boleh pakai.

 

Last few days of the 1st NB. Apr 2014. (Kalau korang perasan, cover buku pun pakai kasut ni 🙂

Pilih kasut yang ringan, dan satu lagi tips penting, beli saiz 0.5 atau 1 inci lebih besar. Contohnya kalau biasa korang pakai saiz 5/37, untuk kasut backpack/kasut sukan, beli yang saiz 5.5 atau 6. Sebab bila banyak berjalan, kaki akan mengembang sikit. Kalau pakai kasut muat-muat jari akan tersepit, bengkak dan kuku akan jadi hitam. Been there done that.

 

Lagi satu tips, beli kasut awal-awal atau pakai je kasut lama. Lagi lama kita pakai kasut lama, lagi selesa dengan kaki. Kalau yang suka hiking, boleh beli kasut hiking terus tapi ia agak mahal. Tapi kalau korang pergi backpacking kemana pun memang nak hiking, memang recommended untuk jaga kaki dari cedera terseliuh dan sebagainya.

 

Main point, untuk beginner yang bajet, kasut Power Bata actually dah cukup. Pakai dulu dekat Malaysia supaya biasa dengan kaki sebelum travel. Jangan esok nak travel hari ni baru beli kasut baru. Itu macam sengaja mengundang kaki melecet.

2nd NB. 1st day 17 Apr 2014. Pakai sampai sekarang untuk travel, joging dan marathon. Dan tahun 2015 ada tambahan 1 kasut trekking yang proper untuk trekking trip.

3. Bajet

Ramai yang akan tanya, biasanya berapa bajet nak travel backpack? Seratus cukup? RM500? RM1000?  RM5000? Kalau dalam negara RM500 tu boleh kira reasonable lah untuk weekend gateway. Tiket Air Asia dalam RM100++ (Sabah & Sarawak dalam RM200++). Tempat tinggal dalam RM60-100 satu bilik (kalau pergi ramai lagi murah). Makan sehari dalam RM20-50. Aktiviti & shopping sikit cukup lah RM500.

 

Boleh je lagi murah kalau makan megi, pergi tempat-tempat percuma je, duduk hostel paling murah, tapi pengalaman berbeza lah. Ingat, kita pergi travel mengembara bukan untuk cari yang paling murah, tapi paling berbaloi. Frugal is not cheap. Salah satu kesilapan yang saya tak mahu orang lain buat adalah cari hostel yang paling murah. FYI, hostel yang paling murah adalah hostel paling hampeh dan buatkan pengembaraan korang tak best. Yup, walaupun hostel tu korang guna untuk tidur dan mandi je. Percayalah cakap saya.

 

Kalau untuk negara ASEAN, RM700 boleh dapat untuk travel 3 hari 2 malam – contohnya kalau ke Indonesia atau Thailand. Nanti kita cerita lagi macam mana nak stretch the budget and get the best deals dalam artikel-artikel akan datang. Main point – RM500 dah cukup untuk pergi backpacking.

 

Great stupa dekat Vientiane, Laos

4. Passport

Kalau dah ada cita-cita nak pergi travel tahun depan, rasanya dah boleh kumpul duit untuk buat passport dulu, sebelum kumpul duit beli tiket kapal terbang.

Kos passport adalah RM200 (untuk 5 tahun). Info lebih dekat sini. Passport boleh dipohon dekat mana-mana pejabat imigresen. Biasanya proses agak cepat kalau korang datang awal pagi sebelum ramai orang, dan kalau boleh elakkan hari Isnin dan Jumaat sebab itu hari yang paling ramai orang.

Jangan lupa juga pakai baju & tudung gelap sebab itu requirement imigresen.

Jangan lupa juga, 6 bulan sebelum passport korang mati, dah kena renew. Jangan pulak nanti tersekat dekat airport sebab passport tak renew. Harga sama juga RM200 untuk 5 tahun.

 

5. Kamera

Apalah maknanya pergi travel kalau tak ada gambar untuk memori untuk anak cucu 30 tahun dari sekarang. Jadi, kamera adalah keperluan, tak kira lah korang minat ambil gambar ataupun tak. Percayalah, 10 tahun akan datang korang akan syukur ambil gambar banyak-banyak time travel.

 

Dulu-dulu saya selalu bawa kamera DSLR sebab konon-konon masa tu minat fotografi. Memang berat nak pikul kesana kemari. Tapi gambar memang jauh lagi cantik dari kamera phone, terutamanya dalam situasi low light. Tapi zaman tu kamera phone tak hebat macam sekarang. Sekarang ni kamera phone pun dah setaraf DSLR.

Jadi, saya sangat ambil kisah tentang kamera bila beli phone baru. Bukan setakat kamera selfie, kamera biasa lebih penting. Terpulanglah pada korang nak bawa phone apa waktu travel, atau nak bawa kamera dslr sekalipun. Yang penting, jangan tinggal kamera. Dan pastikan memori card cukup besar. Ngeri sangat kalau travel baru sehari dua tapi memori card dah full.

 

Dulu kalau travel lama saya sentiasa bawa laptop untuk transfer gambar ke laptop, sekarang dah ada cloud macam google drive, dropbox dan lain-lain. Guna je aplikasi could untuk simpan gambar. Make sure korang dah sign up dan sync awal-awal.

 

6. Pakaian ringkas

Sebab kita tak nak bawa barang yang berat dan backpack yang besar, pemilihan pakaian sangat penting. Saya personally suka pakaian simple. T-shirt dan seluar treking biasanya. Bukan sahaja ringan, ia juga cepat kering dan tak mudah kedut. Ataupun kalau berkedut, masih nampak OK, tak nampak selekeh gila. Rule of thumb, elakkan pakaian yang ada 5 ciri ni:

  • Ada ropol
  • Ada tali/riben/tassel
  • Cepat keronyok
  • Berat
  • Lambat kering kalau dibasuh

Seluar hiking yang saya suka adalah Hi-Tech – ia tak mahal sangat macam brand lain tapi cukup selesa dan ringan. Seluar hiking dekat PTT Outdoor pun agak reasonable juga. Antara tempat yang berbaloi untuk beli pakaian travel adalah Decathlon dan Sports Direct. Untuk inner heat-tech, Uniqlo antara yang murah dan OK. Saya jarang masuk Universal Traveler sebab biasanya mahal barang kat situ – unless ada sale. Sentiasa juga alert dengan sale atau jualan gudang. Memang berbaloi kalau beli waktu jualan gudang.

 

Rasanya itu jelah yang paling penting, yang pakai banyak duit sebelum pergi travel. Lain-lain ikut kesukaan sendiri. Kalau korang rasa ada yang saya tertinggal sila lah tolong tambah.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *