Perlukah Travel Insurance?

 

Perlu atau tidak mengambil travel insurance?

Saya rasa perlu.

 

Kenapa?

Kita lebih banyak melakukan aktiviti ketika mengembara berbanding waktu lain, jadi banyak risiko yang ada. Contohnya, sakit, barang hilang, tertinggal kapal terbang, penerbangan tertangguh, bencana alam dan sebagainya.

Jadi, amat penting untuk memastikan kita dilindungi dari risiko yang ada.

 

Mahal ke travel insurance?

Biasanya ia tidak terlalu mahal, jika dibandingkan dengan perlindungan yang diberikan. Cuma kita perlu memilih insurans yang betul, mengikut pengembaraan masing-masing. Apa yang tak berkaitan kita tak perlu ambil. Biasanya ia antara RM15-25 untuk 5-10 hari perjalanan.

 

Saya sudah ada insurans lain, kenapa perlu insurans travel lagi?

Ada insuran lain (Personal Insurance atau Life insurans) yang melindungi nyawa atau hilang upaya, tapi biasanya ia tidak termasuk pengangkutan helikopter untuk membawa anda turun dari gunung misalnya, ataupun kehilangan bagasi yang penuh dengan barangan menyelam yang mahal. Ia biasanya akan dilindungi oleh Travel Insurance sahaja.

8068016810_b761dea8f5_z 

Bagaimana Memilih Travel Insurance terbaik?

Macam insurans lain juga, tak ada satu insurans terbaik untuk semua orang. Semuanya bergantung kepada perkara-perkara di bawah:

 

  1. Anda mengembara dengan siapa – Berseorangan, berpasangan, berkumpulan atau bersama keluarga
  2. Berapa lama anda mengembara – semakin lama mengembara semakin mahal lah insurans. Kalau dah lama sangat, boleh beli insurans untuk setahun terus.
  3. Kemana anda pergi – Adakah ia di negara Asia sahaja atau negara Eropah atau Amerika. Kos insurans di Amerika dan Canada jauh lebih tinggi dari di tempat-tempat lain. Sesetengah negara juga tidak melindungi negara-negara yang bergolak atau sedang berperang.
  4. Apa yang anda bawa – adakah ia barangan berharga yang bernilai ribuan ringgit atau cuma baju dan kelengkapan biasa
  5. Apa aktiviti yang anda lakukan – Adakah anda melakukan aktiviti ekstrem, atau hanya backpacking biasa. Biasanya bayaran tambahan akan dikenakan untuk aktiviti lasak kerana kos jika berlaku kemalangan adalah tinggi.
  6. Insuran tahunan atau sekali trip sahaja –  Bagi saya, secara peribadi, jika anda travel lebih dari 3 bulan dalan setahun (satu atau beberapa trip), lebih baiklah mengambil insurans tahunan. Kalau kurang dari itu, boleh ambil insurancs sekali trip sahaja. Lebih berbaloi.

DSC_0233 (2)

Itu sahajalah sedikit info asas tentang insurans. Saya pun baru ada kesedaran tentang insurans kebelakangan ini sahaja. Dulu-dulu selamba sahaja pergi travel. Mujur tak ada perkara buruk yang jadi. Tapi kini ia sudah jadi satu keperluan kerana saya tak mahu lagi ambil risiko, terutamanya jika mengembara dalam jangkamasa lama ataupun melakukan aktiviti ekstrem.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *