India

Makanan yang patut dicuba di India

Dhal, capati dan kari selalu dikaitkan dengan India. Tapi sebenarnya banyak makanan India yang tak ada berkaitan dengan kari pun. Pernah sewaktu di Kolkata, kami makan ikan masak lemak dan sambal kentang goreng, macam makanan Malaysia. Kalau tak salah, itu adalah makanan Benggali.

 

Tapi waktu di Leh, dhal dan capati adalah makanan harian, lagi-lagi waktu treking dekat kawasan terpencil di Markha Valley. Salah satu sebab adalah kebanyakan mereka merupakan penganut Buddha dan tak makan daging, lagi satu adalah sebab adalah memang bahan mentah, terutamanya daging atau ikan memang susah nak cari.

 

Tapi di bahagian tengah macam New Delhi, Jaipur semua tu memang agak banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Nasi beriani dan kari yang paling sedap saya pernah makan di India adalah di Jaipur, di satu restoran dekat dengan kawasan masjid.

 

Selain itu, kami ada juga street food. Tapi kena pilih lah. Kalau makanan panas biasanya lagi ok dari makanan yang lembap/separa masak (macam jus limau yang banyak tepi-tepi jalan). Lepas tu cari yang betul-betul bersih.

 

OK, kat sini just nak share makanan yang saya dah try waktu kat India.

 

*Amaran – perlu hati-hati dengan street food. Ya, memang cliche pergi India dapat cirit birit, tapi ia memang terjadi. Dua kali saya pergi India, dua-dua saya kena cirit birit. Mujurnya terkena bila dah nak balik dan untuk 2nd time tu, saya dah ready dengan charcoal pil dan terus makan bila baru cirit-birit nak jadi. Try at your own risk.

 

Chaat

Chaat di Agra

Chat ni makanan street food yang unik. Kulit dia macam kulit karipap tapi lebih nipis dan rangup. Kulit tu panas, tapi inti kat dalam tu sejuk. Rasa inti dia ada manis dan pedas. Very interesting taste. Kami cuba waktu jalan-jalan dekat bandar Agra, lepas melawat Taj Mahal.

 

Aiskrim Pistachio

Aiskrim di Agra (dekat dengan pasar) – aiskrim tu dalam bekas tembikar, ditutup dengan kain.

 

Aiskrim – lepas buka tutup dia. Diorang masih pakai tembikar untuk aiskrim dan lassi.

Aiskrim ni kami cuba dekat Agra juga. Sedap rasa Pistachio. Cuma, biasalah dekat India, semua pun nak letak rempah. Ada rasa rempah siki dalam aiskrim ni, tapi still good. Lagi satu diorang banyak susu segar. Jadi aiskrim dan lassi biasanya memang pakai susu segar fresh dari ladang.



Comesum – Kedai fast food

Paratha dekat Comesum – antara kedai fast food yang ada dekat India.

Kat mana lagi boleh jumpa kedai fast food yang jual paratha dan capati? Setakat ini saya cuma jumpa di India lah. Nama dia Comesum. Comesum ni banyak dekat stesen keretapi. Kami ada cuba beberapa menu macam capati, paratha dan puri. OK lah rasa dia. Biasanya capati dekat kedai biasa lagi sedap.

 

Thali pun ada dijual dekat Comesum. Dekat kedai biasa pun ada.

Thali ni macam nasi campur – tapi biasanya lauk semua vegetarian. Selain nasi, ada juga capati. Dekat India, mereka biasa makan nasi dan capati sama-sama dengan lauk macam dhal atau kari. Dalam thali, biasanya ia akan ada semua rasa iaitu manis, masam, pahit, masin. Antara makanan yang paling saya suka sebab saya suka nasi campur.

 

Thali – hidangan di sebuah hostel dekat Varanasi

 

Ayam goreng berempah di Jaipur

Inilah rupa ayam goreng berempah di Jaipur – yang paling sedap di India

Walaupun ayam goreng berempah ada di mana-mana, dekat India ni agak susah nak cari, dan bila dah jumpa, kami makan sampai jemu.

Dekat Jaipur, makanan yang ada daging tak banyak, tapi dekat-dekat dengan masjid ada dua kedai jual makanan yang ada ayam. Dan ini adalah yang paling sedap.

 

Kari ayam

Kari tersedap di Jaipur

Setakat ini, kari tersedap dalam hidup adalah yang saya makan di Jaipur. Kuah dia pekat penuh dengan rempah dan tak sama dengan kari yang ada dekat Malaysia (tak kira kari Melayu, Cina atau India). Ayam dia pulak besar dan lembut. Makan pula dengan capati panas. Phew, memang berpeluh.

Sangat recommended makan dekat sini, tapi saya lupa tulis alamat dan nama kedai. Tak salah MM something. Lokasi dia dekat-dekat dengan masjid dan dalam 1km dari Hawa Mahal macam tu. Memang dalam kawasan bandar.



Nasi Beriani

Nasi beriani

 

Selain dari capati, kari juga dimakan dengan nasi beriani macam kat atas ni. Ditambah lagi dengan salad bawang-tomato-limau. Memang rasa dia complete walaupun saya bukan pemakan bawang.

 

Kari ayam lagi

 

Kari ayam ini lain sikit warna dan rasa dia. Lebih kepada kari hijau. Tapi sama sedapnya dan dimakan dengan nasi putih. Kalau korang ke Jaipur, saya harap korang jumpa lah restoran ni. Memang one of the restaurant in India.

Kalau dekat New Delhi, restoran paling popular adalah restoran Karim’s. Tapi bagi saya agak overrated dan makanan dia biasanya terlebih masin (mungkin saya je rasa macam tu). Tapi korang boleh cuba kalau dah ke Delhi. Cuma ia mungkin agak mahal sikit dari kedai lain kat India.

 

 

Gulab Jamun

 

Gulab Jamun adalah pencuci mulut paling popular. Rasanya adalah manis, manis dan manis. Tapi ada cara nak nikmati gulab jamun, iaitu dengan minum kopi. Kopi yang pahit dan gulab jamun yang terlajak manis adalah kombinasi yang baik. Dan sebab itu, korang patut cuba.

 

Gulab jamun juga ada dijual untuk souvenir dalam kotak cantik. Kalau ada kawan-kawan yang suka dessert ni, boleh lah beli sebagai buah tangan.

 

Manisan lain

 

Dekat Delhi ada banyak kedai yang jual manisan yang berwarna warni dan cantik. Jadi kami pun cuba lah sebab terpengaruh. Kebanyakan manisan ini mengandungi susu, gula dan rempah. Jadi rasa setiap satu agak sama. Tapi sedap juga bila dimakan lepas makan makanan utama ataupun kudap sambil tunggu keretapi untuk trip seterusnya.

 

Omelet di Jodhpur

 

Ini adalah sandwich omelette yang paling popular di India. Jadi kami pun cuba sewaktu melawat Jodhpur. Ia terletak di kawasan bandar dan boleh tanya orang kat mana omelet shop ini sebab ia memang popular.

 

Tapi ia cuma gerai kecil, bukan restoran pun dan korang makan dekat atas kerusi plastik dekat laluan orang lalu lalang. Kalau ramai orang mungkin tak cukup kerusi dan korang makan jela sambil berdiri.

Rasanya not bad juga. Orang cakap yang paling sedap adalah omelet masala.



Chai Masala

 

Kalau dah sampai ke India, chai masala adalah minuman yang patut dicuba. Rasa dia macam teh tarik juga, cuma ada rasa rempah dan tak ada buih macam teh tarik. Chai masalah yang paling sedap saya pernah cuba di Jodhpur.

 

Chai masala ni ada di hampir semua kedai. Dalam keretapi pun ada.

 

Kari tepi jalan

Saya macam tak ingat sangat, tapi rasanya ini di Kolkata. Gerai tepi jalan ini menjual kari ayam kering macam ni untuk dimakan dengan capati home made dekat situ juga. Feel like local.

 

Vegetarian food

Ini adalah contoh vegetarian food yang korang boleh order dalam keretapi. Sebenarnya sebelum pergi India saya dah bersedia untuk makan vegetarian food selama dua minggu sebab saya bayangkan susah nak dapat makanan halal. Asalkan ada nasi dan kari saya dah boleh hidup.

 

Biasanya ada vegetarian food ada nasi, capati, kari kentang/kobis, dan jeruk. Mungkin sebab saya memang suka kari India, saya rasa makanan ini sedap dan cukup mengenyangkan.

 

Lassi

Lassi mangga dengan kacang pistachio yang tersedap

Lassi adalah minuman yogurt yang paling popular di India dan ia sangat fresh sebab mereka pakai susu segar. Lassi paling sedap yang saya pernah cuba adalah lassi dekat Varanasi. Nama kedai Blue Lassi. Nak pergi ke kedai tu agak susah sebab laluan dekat Varanasi (area ghat) adalah kecil dan bersimpang siur.

 

Mujur waktu tu kami ada guide dari hostel yang bawa kami ke Blue Lassi. Yogurt yang fresh, di blend dengan manual oleh tuan kedai di depan kedai dan kita boleh pilih perisa apa yang kita mahu. Ada macam-macam perisa yang ada dari mangga, buah-buahan campuran, coklat dan macam-macam lagi.

 

Lassi diletakkan dalam bekas tembikar, sama macam aiskrim. Klasik dan asli. Saya bagi 5/5 bintang untuk lassi dekat sini. Kalau korang suka yogurt, sila datang makan lassi dekat sini. Worth it!

 

Aloo paratha dan gobi paratha

Aloo paratha adalah paratha dengan inti kentang, manakala gobi paratha pula adalah paratha dengan isi kobis bunga. Dua-dua sedap. Dekat Malaysia kita jarang makan paratha dengan inti. Jadi, boleh cuba dekat India.

 

Yang paling popular adalah aloo paratha. Saya tambah gobi paratha sebab saya suka filem Mujhse Dosti Karoge. Ada satu scene waktu Raj balik untuk jumpa Tina buat kali pertama, dia ada makan gobi paratha dengan Pooja dekat satu restoran tepi gunung. Terus lepas tu google gobi paratha dan terus melekat dalam kepala dan sebab itu juga, saya cuba makan waktu dekat India. Jujurnya, aloo paratha lebih sedap.

 

Kashmiri Kahwa

Imej dari lifekirecipe.com

Kashmiri kahwa adalah teh yang dicampur dengan beberapa bahan macam kacang almond, buah pelaga, bunga cengkih dan safron. Ia juga tak dicampur dengan susu. Biasanya minuman ini popular dekat sebelah utara India yang lebih sejuk macam Kashmir dan Leh.

 

Oh, saya pernah cuba KFC dekat New Delhi juga. Rasanya macam KFC dekat Malaysia, cuma mereka ada air soda perisa masala. Air itu memang tak boleh blah, kami minum sambil picit hidung sebab rasa masala dia kuat sangat.

 

Itulah antara makanan yang saya dah cuba waktu mengembara ke India. So far, saya suka kebanyakan makanan dan memang tak perlu bawa Brahims atau sambal ikan bilis. Kalau tak jumpa yang halal, boleh saja makan makanan vegetarian yang ada merata-rata.

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *