Kenapa saya selesa terbang dengan kapal terbang bajet

Setiap orang ada preference sendiri bila mengembara. Ada yang suka pergi ramai-ramai, ada yang suka pergi sorang. Ada yang suka hotel mahal, ada juga yang suka backpackers hostel. Untuk tiket kapal terbang pula, ada orang boleh naik kapal terbang tambang murah, ada yang tak selesa.

Setakat hari ni, saya pilih kapal terbang yang paling murah, all the time. Ada banyak sebab kenapa.

 

Saya backpacker

Sejak pengembaraan pertama pada tahun 2008, saya memang backpacker sampailah sekarang. Jadi, memang akan sentiasa cari penerbangan murah. Dan, memang biasanya kapal terbang bajet menawarkan harga paling murah.

 

Saya seorang budak kampung yang simple

Saya dah biasa dengan cara hidup simple. Saya tak kisah pun kalau hanya diberi air panas dan kopi 3in1 atas pesawat. Tak perlu barista atau espresso mahal. Makanan pun semua saya makan, asalkan bersih. Tak kisahlah nasi lemak pak nasir ataupun biskut kering.

Saya bukan naik kapal terbang untuk makan. Tapi setakat ini, makanan dalam kapal terbang bajet setaraf sahaja dengan kapal terbang biasa. Dari pengalaman saya yang sedikit ni lah.

 

Kapal terbang bajet cukup selamat macam kapal terbang biasa juga

Setakat ini saya belum pernah jumpa kapal terbang bajet yang mempunyai tahap keselamatan yang rendah. Semuanya setara dengan kapal terbang lain. Tapi, kemalangan/bencana boleh berlaku pada mana-mana kapal terbang pun. Itu di luar kuasa kita. Asalkan kapal terbang itu mempunyai reputasi yang cukup baik, selebihnya kita berserah.

 

Saya tak perlukan cabin luggage

Dulu-dulu mungkin saya sentiasa ambil cabin luggage, tapi sekarang saya cuba tak ambil dan bawa hand luggage sahaja. Jadi, saya tak perlu ‘free 20kg’ luggage yang ditawarkan syarikat penerbangan bukan bajet, sebab biasanya memang akan lagi mahal dari kapal terbang bajet tanpa luggage.

 

Saya tak kisah pasal ‘kelas’

Saya tak kisah pun kalau tak ‘classy’. Value for money is all I want.

 

Saya tak perlukan ‘leg room’ yang lebih besar

Tinggi saya cuma 155cm. Tempat duduk kapal terbang murah dah cukup selesa buat saya. Tak perlu ruang tambahan (kalau ada percuma, saya ambil lah..hehe).

 

Saya tak kisah duduk di seat yang mana

Walaupun seat favourite adalah sebelah tingkap, tapi tak kisah pun kalau dapat seat mana asalkan tak payah bayar. Bukan kewajipan untuk dapat seat tepi tingkap. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak redo ajelah.

 

Hanya 3 perkara ini yang saya kisah bila naik kapal terbang:

1. Sampai ke destinasi dengan selamat
2. Ia paling murah yang saya dapat
3. Tahap keselamatan sama dengan syarikat penerbangan lain

Akhirnya, kita masih menggunakan lapangan terbang yang sama, kita masih juga dilayan pramugari/pramugara dan kita tetap juga sampai ke destinasi yang sama.

Setakat ini, saya masih setia dengan kapal terbang murah dan akan sentiasa cari tiket paling murah. Tapi siapa tahu satu masa nanti saya bertukar arah? Who knows.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *