LaosThailandVietnam

Itinerary 2 minggu ke Vietnam + Laos + Thailand

Pada tahun 2009, saya dengan 2 orang kawan pergi ke 3 negara selama 2 minggu. Ini merupakan antara trip backpacking yang paling awal dan antara trip yang paling best setakat ini, tambahan pula waktu itu kami semua newbies dan baru mula melihat negara orang. Trip-trip pertama sentiasa akan jadi yang paling manis. Setuju tak?

 

Ok, saya kongsi itinerary pengembaraan kami untuk rujukan semua. Untuk trip ni, kami cover 3 negara dalam masa dua minggu, dan melalui jalan darat untuk melintas sempadan negara.

So, secara rigkas, itinerary macam ni.


Kuala Lumpur > Hanoi (Vietnam) > Vientiane (Laos) > Luang Prabang (Laos) > Chiang Mai (Thailand) > Bangkok (Thailand) > Krabi (Thailand) > Kuala Lumpur

 

Details macam dibawah:

 

Hari Pertama – Hanoi (Vietnam)

  • Sampai di Hanoi dengan kapal terbang Air Asia.
  • Berjalan-jalan sekitar bandar Hanoi.
  • Melawat Ngoc Son Temple dan melihat persembahan Water Puppet waktu malam.
  • Kami tinggal di My Youth Hostel Hanoi.

Hari Kedua – Hanoi (Vietnam)

 

Hari Ketiga – Hanoi (Vietnam)

  • Melawat tarikan sekitar bandar Hanoi seperti Ho Chin Minh Museum, Ho Chi Minh Mosoleum, Literature Temple, Museum,
  • Naik bas ke Vientiene pada sebelah petang (22 jam perjalanan)

 

Hari Keempat – Hanoi > Vientiane (Laos)

  • Melalui 2 check point imigresen (Vietnam dan Laos)
  • Sampai di Vientiane Laos jam 6 petang.
  • Kami tinggal di Orchid GuestHouse – ada restoran halal berdekatan (tapi rating terkini makin jatuh, so, not recommended, boleh cuba PVO Hostel)

 

Hari Kelima – Vientiane (Laos)

  • Berjalan-jalan di bandar Vientiene
  • Melawat Lao National Museum, Jamea Mosque, Wat Si Saket, Morning Market, Patuxay (Victoria Monument), Green Sacred Stupa (Golden Stupa), Buddha Park.
  • Naik VIP bas ke Luang Prang (lebih ok dari bas biasa)

 

Hari Keenam – Luang Prabang (Laos)

  • Sampai di Luang Prabang – melawat sekitar bandar yang tenang tapi penuh dengan pelancong ini
  • Pergi ke Chomsy Hill, Luang Prabang National Museum dengan berjalan kaki sahaja
  • Pergi ke Air Terjun Kwang Si dengan (tour separuh hari) – termasuk tour ke Bear Rescue Center dan Hwang Ho village.
  • Pergi ke Luang Prabang Night Market
  • Kami tinggal di Levady Guesthouse (macam dah tak ada sekarang, boleh cuba Muong Lao Guesthouse)

Hari Ketujuh – Luang Prabang (Laos)

  • Pergi ke gua Pak Ou dan Ban Xang Hai (mengikuti day tour)

 

Hari Kelapan – Luang Prabang > Chiang Mai

  • Pergi ke Huay Xai (sempadan negara Thailand) dengan menaiki bot laju selama 6 jam.
  • Menaik bas ke Chiang Mai – sampai di Chiang Mai jam 11.30 malam

 

Hari Kesembilan – Chiang Mai (Thailand)

  • Melawat Hidayatul Islam Banhaw, Handicraft Village dan Night Market (antara pasar malam paling menarik yang kami pernah pergi). Kami sempat buat back massage dekat sini dengan harga cuma RM6.

 

Hari Kesepuluh – Chiang Mai (Thailand)

  • Mengambil tour Mae Wang River – melawat Mar Hong Village, Mae Hong waterfall, bamboo rafting dan elephant ride (waktu ini kami belum aware pasal animal right – aktiviti ini sebenarnya tak digalakkan sangat sebab kebanyakan operator tak jaga kebajikan haiwan – korang boleh buat kajian sebelum ikut mana-mana tour).
  • Kami mengambil keretapi malam dari Chiang Mai ke Bangkok (12 jam)

 

Hari Kesebelas – Bangkok (Thailand)

  • Berjalan-jalan sekitar bandar Bangkok – ia lebih besar dan maju dari Kuala Lumpur dan jaringan pengangkutan awam juga lebih meluas
  • Menonton filem Ice Age 3 di Siam Paragon (baru kami tahu orang Thailand menyanyikan lagu hormat untuk raja mereka sambil berdiri sebelum tayangan bermula).
  • Kami tinggal di YHA Bangkok (NOT recommended sebab bilik kecil dan kepam, tandas tersumbat dan berbau busuk). Boleh cuba Adventure Hostel.

 

Hari Keduabelas – Bangkok (Thailand)

  • Mengikut tour ke Floating Market dan Handicraft Factory.
  • Pergi ke Rose Garden untuk melihat pertunjukan kebudayaan
  • Pergi night market
Floating Market di Bangkok

Hari Ketigabelas – Bangkok (Thailand)

  • Melawat Grand Palace dengan menaiki bot dari bandar

 

Hari Keempatbelas – Bangkok > Krabi

  • Melawat Art & Culture Center.
  • Mengambil penerbangan Air Asia dari Bangkok ke Krabi.
  • Makan makanan halal di Krabi di restoran local – antara yang paling sedap sepanjang trip ini.

 

Hari Kelimabelas – Krabi (Thailand)

  • Mengambil tour ke Hong Island (sebab kami dah pernah pergi Phi Phi Island dalam trip sebelum ini)

 

Hari Keenambelas – Krabi > Kuala Lumpur

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *