Indonesia

Itinerary 10 hari Yogyakarta + Surabaya

Indonesia adalah negara yang paling sesuai kalau nak mulakan backpacking dengan bajet yang murah. Selain bajet, di sini juga senang untuk dapat makanan halal dan bahasa pun sama. Tambahan lagi, Air Asia dan Malindo ada banyak penerbangan ke Indonesia. Setakat ini saya dah 3 kali pergi Indonesia iaitu pada tahun 2008 (backpacking pertama) ke Jakarta & Bandung, 2012 ke Jogja/Bromo/Surabaya dan 2017 – ke Jogja lagi.

 

Itinerary ini adalah itinerary kali pertama saya ke Jogja pada tahun 2012, dimana saya cover beberapa bandar macam Jogja, Solo, Surabaya dan pergi ke Bromo dan Kawah Ijen.

 

Trip keseluruhan macam ni:

KL    >    Jogja    >    Dieng    >    Jogja/Solo/Jogja    >    Bromo    >    Ijen >    Surabaya    >    KL

 

Hari Pertama: KL – Jogja.

Dari Kl ke Jogja dengan Air Asia. Sampai sekitar jam 3 petang, terus ke Kaliurang – lebih kurang 50 minit dari bandar Jogja. Pihak hostel mengambil dengan ‘sepeda’ atau motor.

 

 

Hari Kedua: Jogja

Pergi ke Kraton, candu Prambanan dan berjalan di sekitar bandar Jogja.

Menginap di Malioboro Street – Hostel Munajat Backpackers.

 

Hari Ketiga: Jogja

Pergi ke Candi Borobodur.

Melihat suasana Jogja di waktu malam.

 

Hari Keempat: Jogja – Dieng

Naik bas persiaran dan bas tempatan ke Dieng.

Menginap di Dieng

 

 

Hari Kelima: Dieng – Jogja

Melihat matahari terbit di Gunung Sikunir dan ke beberapa kawasan tarikan di Dieng.

Naik bas ke Jogja semula.

 

 

Hari Keenam: Jogja – Solo – Jogja – Malang

Pergi ke Solo dengan keretapi. (FYI, Kraton ditutup pada hari Jumaat)

Berjalan di sekitar bandar Solo.

Naik keretepi semula ke Jogja dan naik keretapi malam untuk ke Malang.

 

Hari Ketujuh: Cemoro Lawang (Bromo)

Sampai di Malang sekitar jam 8 pagi.
Naik bas be Probolinggo. Ke hostel dengan sepeda sekali lagi.

Menginap di Cemoro Lawang.

 

 

Hari Kelapan: Bromo sunrise and crater tour

Bromo tour pada sebelah pagi untuk melihat matahari terbit dan ke kawah gunung Bromo.

Naik bas ke Kawah Ijen di sebelah petang. (6 jam untuk sampai ke Ijen)

 

 

Hari Kesembilan: Kawah Ijen

Mengikut Kawah Ijen tour (treking 3 jam pergi balik ke kawah Ijen).

Pulang ke Probolinggo dan menaiki bas ke Surabaya.

 

 

Hari Kesepuluh: Surabaya

Berjalan-jalan sekitar bandar. (Bas percuma untuk sight-seeing terletak di House of Sampoerna).

Hari Kesebelas: Surabaya – KL

Menaiki Air Asia dari Surabaya ke Kuala Lumpur.

Sampi di KL sekitar jam 5 petang.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *