I’m back

Sedar tak sedar dah setahun lebih saya tak update blog ni. Busy sikit settling down and being an adult. Maklumlah, sebelum ni lifestyle ala-ala hippies gitu.

Tapi, I’m back. And hopefully lepas ni saya boleh terus menulis dan kongsi pengalaman & tips kat sini.

First thing first, terima kasih kepada yang dah beli dan baca buku saya. Kalau ada yang berminat nak beli, boleh pergi sini. Terima kasih jugak kepada semua follower Facebook KarimaDimana kerana tak unfollow walaupun tak ada update.hehe. Tapi saya reply semua PM dekat situ.

Korang apa cerita? Dah jauh mengembara? Ada yang berjaya apply visa Working Holiday ke Australia atau New Zealand? Ada yang mengembara ke tempat yang tak pernah pergi sebelum ini? How was your adventures? Saya harap korang dapat pengalaman baru setiap kali mengembara, macam saya.

Sejak Markha Valley tahun 2015, saya tak ada travel besar pun. Paling latest saya ke Jogjakarta bulan Januari yang lepas dengan 5 kawan lain. Itu kali kedua saya ke Jogja. Kali pertama saya pergi pada tahun 2012 – solo. Trip kali ini lebih relaks. Kami sewa kereta dan jalan-jalan cari makan saja.

Selebihnya saya travel dalam Malaysia saja – pergi Cameron dan Bukit Fraser. Saya ada beli tiket ke Ho Chi Minh bulan Ogos tahun lepas, tapi terpaksa cancel atas beberapa sebab.

Hopefully tahun 2018, saya dapat travel more dan pergi tempat yang saya belum pergi. Saya teringin trekking di Nepal, naik keretapi di Sri Lanka ataupun menjelajah bandar metropolitan Tokyo atau Seoul. Kalau ada duit lebih teringin sangat sebenarnya nak pergi naik keretapi Trans Siberia selama 2 bulan.

So, itu je lah update buat masa ni.

New article will be coming starting next week!

Have a nice weekend travelers. xoxo.

You may also like

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *