Buku Australia 362 Hari

Saya menulis pengalaman saya melakukan working holiday di Australia di dalam buku yang bertajuk “Australia 362 Hari“. Ia telah di terbitkan pada Mac 2016.

book promo page 22

FAQ: Kenapa 362 hari?

Kerana itu adalah bilangan hari saya di Australia. Tak cukup setahun (365 hari) kerana tiket balik mahal, jadi saya pilih tarikh hari paling murah 🙂

 

Semua cerita ini berlaku di Australia sahaja? Tak ada 97 negara? 51 bandar? 67 tiket kapal terbang? 

Betul. Australia sahaja. Tapi anda tahu tak Australia adalah negara ke-enam paling besar dalam dunia?

 

Pakai visa apa duduk di Australia sampai setahun? 

Work and Holiday Visa (462). Boleh rujuk post saya tentang working holiday Australia.

 

Banyak nya duit travel sampai setahun?

Ha ha. Kalau nak tahu macam mana saya survive dengan duit yang cukup makan, boleh la baca buku ini dengan lebih lanjut.

 

Pergi Australia seorang diri? 

Ya.

 

Tak takut? 

Takut.

 

Kenapa pergi jugak?

Sebab, pada umur 60 tahun nanti, saya tak mahu menyesal kerana tak melakukan pengembaraan ini ketika ada peluang.

 

Best ke buku ni? 

Well, ‘best’ itu subjektif. Saya menulis dengan tujuan menceritakan kisah jujur pengembaraan orang marhaen seperti saya. Tidak punya cukup wang, bukanlah seorang yang terlalu ‘easy-going’, penakut tapi punya cita-cita untuk mengembara satu dunia. Harapan saya untuk memberikan inspirasi kepada bakal traveler di luar sana, dan untuk mereka yang masih ragu-ragu dengan impian sendiri, tak kira lah untuk mengembara atau impian hidup yang lain.

Sila baca feedback dari orang yang dah baca.

Book Review 1

Book Review 2

Book Review 3

Boleh ke saya nak review jugak lepas baca?

Boleh. Amat digalakkan. Kalau best beritahu kawan, kalau tak best beritahu saya. Mana tahu akan ada buku kedua nanti. Boleh saya improve apa yang kurang.

 

Macam mana nak beli buku ni? 

Boleh isi borang diatas atau dibawah (isi satu borang sahaja). Atau mesej saya di facebook page Karima Dimana atau emel saya di karima@karimadimana.com.

Buku Australia 362 Hari

Kalau berminat, sila isi borang dibawah. Jika sudah membuat bayaran, sila sertakan resit ya.

Tajuk Buku : AUSTRALIA 362 HARI
Harga Semenanjung : RM32 (Buku+Postage)
Harga Sabah/Sarawak : RM35 (Buku+Postage)
Maklumat Bank :

MAYBANK

164418052352

NOR KARIMAH BINTI MAT HUSSIN

RHB

1-14138-0050085-3

NOR KARIMAH BINTI MAT HUSSIN

*Nama

*No. Telefon

Emel

* Alamat Penuh

Bilangan buku

Resit (jika sudah bayar)

 

Terima kasih.

Jom mengembara lebih jauh!