AustraliaNew Zealand

Australia atau New Zealand – Mana Lagi Berbaloi?

Negara Australia dan New Zealand adalah negara ‘orang putih’ yang paling dekat dengan Malaysia. Kalau nak rasa suasana, budaya dan iklim yang lain sikit dari negara Asia, dua-dua negara ini memang berbaloi untuk pergi.

 

Saya dah pernah tinggal di Australia dan New Zealand selama beberapa bulan dan saya suka kedua-duanya. Walaupun lebih kurang sama, ada banyak perbezaan antara keduanya. Tapi mana satu yang lagi best dan berbaloi? Kat sini saya senaraikan perbezaan supaya senang korang nak decide kat mana nak pergi for the next trip.

New Zealand

Tiket kapal terbang

Dari Malaysia, tiket penerbangan yang lebih murah adalah ke Australia. Sebabnya, Air Asia ada penerbangan terus ke sana dan selalu ada promo. Setakat hari ni ada 5 penerbangan ke Australia iaitu Melbourne, Sydney, Darwin, Perth dan Gold Coast. Cuma satu ke New Zealand iaitu Auckland.

 

Paling murah adalah tiket dari KL ke Perth – waktu promo boleh dapat sehingga RM199 sehala. Selain Air Asia, Jetstar dan Scoot juga ada penerbangan terus ke Australia.

 

Biasanya harga pergi balik ke Australia dari RM800 ke RM1500. Ke New Zealand pula dari RM1200 – RM2300.

 

Cuaca

Australia dan New Zealand kedua-duanya beriklim 4 musim (walaupun ada sesetengah tempat di bahagian utara Australia beriklim separa tropika). Tapi ia terbalik dengan negara Eropah sebab kedudukannya di hemisfera selatan. Kalau Eropah musim sejuk, disini musim panas dan begitulah juga sebaliknya.

 

Tapi secara am nya, Australia lebih panas berbanding New Zealand di musim mana sekalipun. Waktu musim panas di Australia, ia lebih panas dari Malaysia dan selalu berlaku kebakaran hutan. So, kalau nak ke Australia pada musim panas (Dec – Feb), bersiap sedia dengan cuaca panas – kadang-kadang jauh lebih panas dari Malaysia, terutamanya kalau pergi ke bahagian utara seperti Darwin atau Gold Coast. Melbourne dan Sydney pun biasanya panas juga.

 

Kalau pergi Perth musim luruh atau bunga, cuacanya mungkin macam dekat Malaysia saja. Kalau nak rasa sejuk sikit dan lain dari Malaysia, New Zealand lebih berbaloi. Tapi bagi orang yang tak suka sejuk macam saya ni, Australia pun dah cukup sejuk.

 

New Zealand

Visa

Kalau nak melawat New Zealand kurang dari 3 bulan, tak perlu visa. Kalau nak stay lebih lama, boleh cuba Working Holiday Visa (boleh stay sampai 9 bulan).

 

Kalau nak ke Australia pula, kena mohon ETA (boleh apply online atau dengan travel agen). Harganya sekitar AUD20. Sah untuk travel selama 3 bulan. Kalau nak tinggal lama sikit boleh cuba Work & Holiday Visa. Boleh tinggal maximum 2 tahun (kalau extend). Tapi visa ni sangat limited, dalam 100 je setahun. Boleh refer FB Page ni untuk info terkini. Boleh baca artikel ni untuk info basic.



Wang

RM3.15 bersamaan 1 Dollar Australia. Manakala RM2.86 bersamaan 1 Dollar New Zealand. Jadi, kadar tukaran New Zealand rendah sikit.

 

Biasanya tak susah untuk tukar duit di Malaysia. Boleh juga ambil duit di ATM dekat sana. Cuma, barang kat sana agak mahal lah berbanding Malaysia ataupun negara Asia yang lain. Anggarannya 3 kaliganda. Makan di restoran biasanya sangat mahal dan hampir tak berbaloi.

 

New Zealand

Penginapan

Australia dan New Zealand adalah negara mesra backpackers. Mungkin sebab ramai orang buat working holiday dekat sini. Setiap tahun, beratus ribu backpackers dari serata dunia datang ke Australia buat working holiday – paling ramai dari Italy, Jerman dan Perancis.

 

Disebabkan ini, ada banyak hostel dan bilik dorm. Harga bilik dorm paling murah (10 orang 1 bilik) lebih kurang NZD/AUD25. Kalau bilik private untuk 2 orang, paling murah dalam NZD/AUD60. Kalau ada bajet dalam NZD/AUD40 (dalam RM120-150) seorang, dah boleh dapat penginapan bajet yang agak selesa.

Australia

Aktiviti dan tempat menarik

New Zealand:

New Zealand popular dengan aktiviti macam bungy jumping, sky-diving, swing, canyoning di Queenstown. Boleh tengok glacier di Franz Josef, naik keretapi dengan view cantik di Greymouth. Selain itu boleh juga tengok penguin di Oamaru. Di sebelah utara pula boleh pergi ke perkampungan thermal orang Maori.

 

Bab kecantikan alam semulajadi memang New Zealand jauh lagi hebat dari Australia. Cara paling best untuk menikmati New Zealand adalah dengan sewa kereta/caravan dan travel sendiri ke segala pelusuk negara ini, terutamanya di bahagian South Island.

 

Australia: 

Australia popular dengan outback experience iaitu pergi mengembara di kawasan gurun yang tiada manusia dan melihat batu besar Uluru. Selain itu korang boleh tengok koala dan kanggaru di Brisbane. Banyak haiwan di Australia tak terdapat di negara lain, macam dua haiwan ini, wallaby, wombat, quokka, dan beberapa lagi. Selain itu boleh menyelam di Great Barrier Reef yang popular tu.

 

New Zealand

 

Kedua-dua negara ini juga sangat sesuai untuk road-tripping, tak kiralah dengan kereta atau campervan. Cuma mungkin kos agak mahal. Jadi pergi ramai-ramai lebih berbaloi. Selain itu kedua-duanya sesuai untuk trekking, tak kira lah trek pendek atau panjang yang ambil masa beberapa hari. Biasanya ia agak selamat, walaupun pergi berseorangan. Star-gazing juga boleh dilakukan di kedua-dua negara, terutamanya di tempat terpencil yang tak tercemar dengan pencemaran udara dan cahaya.

 

Kalau nak rasa pengalaman WWOOF dan Helpx juga ada di kedua-dua negara. Dengan organisasi ini, kita boleh kerja secara sukarela, mengenali orang tempatan dan belajar cara hidup mereka. Biasanya ia berkaitan aktiviti pertanian organik ataupun penjagaan haiwan liar.

 

Kalau kena masanya, korang boleh tengok fenomena aurora Australis di kawasan selatan macam Tasmania di Australia. Ia lebih kurang macam Aurora Borealis di negara hemisfera utara (Finland, Iceland, Norway).

 

Australia

Persamaan

Di Australia dan New Zealand, waktu malam memang sunyi dan tak digalakkan keluar atau memandu. Bila hari gelap, semua kedai pun mula tutup. Nak cari kedai makan waktu malam agak susah. Kedai 24 jam macam Malaysia memang tak ada. Nak berjalan-jalan waktu malam pun macam tak berapa selamat sebab semua orang dah duduk dalam rumah.

 

Makanan biasanya agak mahal. Biasanya saya memasak di hostel saja. Saya lagi suka eksperimen dengan makanan mentah tempatan di pasaraya dari beli makanan diluar. Berbanding Malaysia yang merupakan syurga makanan, disana tiada budaya makan yang hebat macam Malaysia. Gerai-gerai tepi jalan memang tak ada. Jadi, lebih baik masak sendiri.

 

Kalau musim panas, harga buah-buahan lebih murah sebab waktu ini mereka menuai hasil. Yang paling saya suka adalah anggur dan cendawan butang yang sangat murah kalau nak dibandingkan dengan Malaysia. Selain itu buah-buahan macam nectarine, plum dan pic pun murah dan segar. Mesti beli kalau korang pergi Australia atau New Zealand.

 

Di kedua-dua negara ini juga, tak ada bandar yang sibuk macam Bangkok, Jakarta atau Kuala Lumpur. Melbourne dan Auckland adalah bandar besar yang tenang dan sesuai untuk jalan-jalan minum kopi dan lihat manusia.

Australia

 

Secara peribadi, saya rasa New Zealand adalah negara yang sangat cantik, relax, dan masih underrated dan murah sedikit dari Australia. Sangat sesuai untuk trip dengan kawan-kawan, family, untuk honeymoon ataupun untuk aktiviti lasak.

 

Tapi dua-dua pun berbaloi untuk dilawati. Yang penting, buat research sikit untuk maximise bajet for the best experience.

 

Lagi artikel tentang Australia: 

Tentang Working Holiday Australia

10 fakta tentang Australia

17 aktiviti percuma, murah di Melbourne

15 aktiviti percuma/murah di Brisbane

10 aktiviti percuma/murah di Perth

16 aktiviti percuma/murah di Sydney

Buku Australia 362 Hari – boleh beli buku terus untuk tahu pengalaman saya kat sana 🙂

 

Lagi artikel tentang New Zealand: 

10 tempat menarik di New Zealand

Tongariro Alpine Crossings – in photo

Photo Essay – Cape Kidnappers

My 20 days south island itinerary – New Zealand

My 10+ days north island itinerary – New Zealand

New Zealand – Tips for backpackers

About Working Holiday New Zealand

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *