Air Asia ASEAN Pass – berbaloi atau tidak

Mungkin korang penah dengar tentang Air Asia ASEAN Pass. Pas ini adalah produk dari Air Asia, yang boleh digunakan di negara ASEAN. Tujuannya adalah supaya pelancong boleh mengembara ke serata ASEAN dengan 1 pas sahaja, dengan harga lebih murah.

 

Pas ini sah untuk 10 negara ASEAN sahaja iaitu:

  1. Malaysia,
  2. Indonesia
  3. Singapura
  4. Thailand
  5. Laos
  6. Vietnam
  7. Filipina
  8. Myanmar
  9. Cambodia
  10. Brunei
When in Laos

Sistem Kredit

Asean Pass ini menggunakan sistem ‘kredit’. Maksudnya harga tiket dari satu destinasi ke satu destinasi dikira dengan nilai kredit. Contohnya dari Kuala Lumpur ke Bangkok, harga tiket adalah 1 kredit.

Untuk kedua-dua pass (RM499/RM888), nilai kredit adalah macam ni:

  • Air Asia Asean Pass = RM499 = 10 kredit
  • Air Asia Asean Pass + = RM888 = 20 kredit

Jadi…lebih kurang..

  • 1 kredit = RM50/ RM45
  • 3 kredit = RM150/ RM90
  • 5 kredit = RM250/ RM225

Jadi, kemana yang kita boleh pergi dengan 1 kredit dan berbaloi tak pakai pas ni berbanding beli tiket macam biasa?

Air Asia dah tetapkan laluan mana yang bernilai 1 kredit dan laluan mana yang bernilai 3 kredit. Contoh destinasi dari Kuala Lumpur dengan 1 kredit macam kat bawah (untuk senarai penuh korang boleh check dekat website Asean Pass):

  • KL – Phnom Penh (harga biasa = RM300++)
  • KL – Langkawi (harga biasa = RM100++)
  • KL – Penang (harga biasa = RM150)
  • KL – Phuket (harga biasa = RM150)
  • KL – Singapore (harga biasa = RM100++)
  • KL – Ho Chi Minh (harga biasa = RM180+)

Contoh destinasi dari Kuala Lumpur dengan 3 kredit = RM150

  • KL – Brunei (harga biasa = RM100++)
  • KL – Bali  (harga biasa = RM200+)
  • KL – Bandung (harga biasa = RM200)
  • KL – Lombok (harga biasa = RM200+)
  • KL – KL – Vientiene (harga biasa = RM200+)
  • KL – KK (harga biasa = RM RM150)
  • KL – Cebu (harga biasa = RM250)
  • KL – Manila (harga biasa = RM340)
  • KL – Bangkok (harga biasa = RM175)
  • KL – Hanoi (harga biasa = RM250)

 

Jadi, memang lagi murah kalau pakai ASEAN pass. Tak berbaloi kalau korang hanya nak ke 1 destinasi, tapi sangat berbaloi untuk banyak destinasi. Kalau ada banyak lagi tempat dekat Asia Tenggara yang korang masih belum pergi, amat recommended untuk beli Asean Pass.

 

Tapi memilih destinasi agak rumit walaupun nampak senang. Tak semua destinasi berhubung dengan satu sama lain. Kat sini saya dah cuba pusing dan cari itinerary yang kita boleh cuba untuk ambil kesempatan ke paling banyak tempat dan maksima kan penggunaan pas ini.

When in Vietnam

Contoh itinerary

Itinerary 1 – Untuk orang yang boleh cuti panjang (sebulan)

5 negara  10 kredit (30 hari) = RM499 sahaja untuk 6 tiket kapal terbang

  • KL – Ho Chi Minh (1)
  • Ho Chi Minh – Bangkok (1)
  • Bangkok – Bali (3)
  • Bali – Singapore (3)
  • Singapore – Langkawi (1)
  • Langkawi – KL (1)

 

Itinerary 2 – Untuk orang yang boleh cuti panjang (2 bulan)

6 negara  20 kredit (60 hari) = RM888 sahaja untuk 10 tiket kapal terbang

  • KL – Jakarta (1)
  • Jakarta – Bali (3)
  • Bali to Bangkok (3)
  • Bangkok to Siem reap (1)
  • Seam Reap to Phuket (1)
  • Phuket to Singapore (1)
  • Singapore to Cebu (3)
  • Cebu to Manila (1)
  • Manila to Kota Kinabalu (3)
  • Kota Kinabalu – KL (3)

 

Itinerary 3 – Untuk orang yang tak ada cuti banyak dan hanya travel waktu hujung minggu sahaja & nak maximize location

3 negara 10 kredit (30 hari) = RM499 sahaja untuk 6 tiket kapal terbang

  • Hujung Minggu 1: Phnom Penh
    • KL-Phnom Penh = 1 kredit
    • Phnom Penh – KL = 1 kredit
  • Hujung Minggu 2 – Bali
    • KL – Bali = 3 kredit
    • Bali – KL = 3 kredit
  • Hujung Minggu 3 – Ho Chi Minh
    • KL – Ho Chi Minh1 kredit
    • Ho Chi Minh – KL = 1 kredit

 

Itinerary 4 – Untuk orang yang tak ada cuti banyak dan hanya travel waktu hujung minggu sahaja & nak maximize location

4 negara 20 kredit (60 hari) – RM888 sahaja untuk 8 tiket kapal terbang

  • Hujung Minggu 1 (6 kredit) – KL – Vientiene (Laos) – KL
  • Hujung Minggu 2 (6 kredit) – KL – Yangon (Myanmar) – KL
  • Hujung Minggu 3 (6 kredit) – KL – Yogyakarta (Indonesia) – KL
  • Hujung Minggu 4 (2 kredit) – KL – Singapore – KL

 

Dekat laman web Asean Pass pun ada contoh itinerary.

When in Bali

Tips:

  1. Korang perlu register dengan Big Member dulu sebelum beli pas – percuma je
  2. Book tiket sekurang-kurangnya 2 minggu dari tarikh nak travel (sebaiknya beberapa bulan sebelum supaya senang nak dapat tiket)
  3. Amat digalakkan untuk ada backup plan – sebab kalau tiket yang kita mahu tak ada, boleh tukar plan cepat-cepat
  4. Pass ni boleh beli tiket yang ada direct flight sahaja – contohnya tiket dari Alor Setar ke Kota Kinabalu tak boleh sebab Alor Setar hanya ada direct flight ke Kuala Lumpur sahaja. Jadi perlu pakai 2 kredit – Alor Setar ke KL (1 kredit) + KL – KL (1 kredit) (masih juga lebih murah dari tiket biasa).
  5. Pas sah selama setahun lepas beli dan 30/60 hari dari tarikh penerbangan tiket pertama.
  6. Tak boleh ulang route yang sama – contohnya Kuala Lumpur – Manila – Kuala Lumpur – Manila
  7. Tapi boleh pergi stop yang sama banyak kali – contohny Kuala Lumpur – Manila – Kuala Lumpur – Cebu – Kuala Lumpur – Singapura
  8. Boleh beli dan beri kepada orang lain – jadi boleh beli dan beri hadiah kepada kawan korang yang suka travel

 

Setakat ini, saya rasa ini pas terbaik kalau nak travel ke semua negara Asia Tenggara. Cuma pandai-pandailah tweak the system dan cari route yang korang suka.

 

 

 

 


Klook.com

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *