Hong Kong

8 Aktiviti dan Tempat Menarik di Hong Kong

 

Hong Kong adalah antara 10 bandar paling moden di Asia. Walaupun keluasannya cuma dua kaliganda dari Singapura, ia berbeza dari banyak segi. Bagi saya, kalau melawat Hong Kong sekurang-kurangnya 3 hari dah OK. Maksimum 1 minggu sudah lebih dari cukup, melainkan korang nak travel slow atau mahu cuba lifestyle sebagai penduduk Hong Kong.

 

Disini saya senaraikan 8 aktiviti paling popular yang korang boleh buat bila melawat Hong Kong.

 

1. Melihat bandar Hong Kong dari Victoria Peak, Observation Deck di sky100 atau Ngong Ping Cable Car

Cara paling popular untuk melihat panorama bandar Hong Kong adalah dengan tiga cara ini. Korang pilih salah satu sahaja. Tapi tak salah juga kalau nak semua dan ada bajet sebab setiap satu ada kelebihan sendiri.

 

Untuk ke Victoria Peak, korang boleh naik tram selama 7 minit ke atas. Perasaan dia macam naik keretapi Bukit Bendera dekat Pulau Pinang.  Bila dah sampai di atas, korang boleh ke Sky Terrace 428 untuk lihat pemandangan bandar Hong Kong.

 

Cara kedua adalah dengan pergi ke Menara sky100 yang naik ke tingkat 100 yang terletaknya observation deck. Disini ada teleskop, VR, photobooth dan mobile apps supaya pengunjung dapat better experience dan ambil gambar lebih best untuk letak dalam Instagam dan Facebook. Dari sini juga korang boleh dapat view 360 darjah bandar Hong Kong.

 

Cara ketiga adalah dengan naik kereta kabel Ngong Ping. Tapi ini bukan untuk pemandangan bandar Hong Kong, tapi di pulau lain iaitu Pulau Lantau. (FYI, Hong Kong ada 3 bahagian iaitu pulau Hong Kong, Kowloon & New Territories (tanah besar) dan pulau Lantau). Kalau di Hong Kong pemandangan lebih moden, tapi di Pulau Lantau, pemandangannya lebih tradisional dan hijau dan ada patung Buddha yang besar.

 

2. Melihat Symphony of Light – percuma!

Berjalan-jalan dalam bandar adalah aktiviti paling best dekat Hong Kong selain pergi ke night market. Antara tempat paling sesuai untuk ambil angin waktu malam adalah di Victoria Harbour. Selain dapat tengok bangunan pencakar langit, biasanya setiap hari jam 8 malam ada pertunjukan Symphony of Lights, dimana bangunan-bangunan ini disimbahi cahaya warna warni dan diiringi muzik dari Hong Kong Philharmonic Orchestra.

 

Cuma perlu periksa jadual takut kalau ada angin kuat atau taufan sebab ia selalu berlaku di Hong Kong. Pastikan juga pakai baju tebal sikit sebab biasanya berangin dan sejuk.

 

 

3. Naik Star Ferry – dari Kowloon ke Hong Kong

Kerana Hong Kong ada 3 kawasan yang dipisahkan oleh air, pengangkutan feri adalah normal. Feri yang paling popular untuk pengunjung adalah Star Ferry.

 

Feri ini digunakan oleh orang awam sehari-hari. Kos untuk satu perjalanan bermula dari RM10. Korang boleh juga beli pas untuk perjalanan pergi balik. Feri ini beroperasi dari pukul 6.30 pagi sehingga 11 malam. Tapi biasanya waktu awal pagi dan petang penuh dengan orang tempatan yang pergi dan balik kerja, jadi lebih baik elakkan waktu ini.

 

Kalau naik feri ini waktu malam, boleh tengok Symphony of Lights dari feri (bermula pukul 8 malam). Sangat berbaloi.

 

4. Lantau Island, Shenzen atau Macau

Memandangkan Hong Kong tidaklah begitu besar dan sebuah kota metropolitan, korang ada pilihan lain kalau nak suasana berbeza.

 

Lantau Island masih dalam negara Hong Kong, cuma ia di pulau berlainan. Disini lebih relax berbanding Hong Kong yang sibuk dan sesak. Antara aktiviti popular disini adalah naik kereta kabel Ngong Ping, treking di Lantau Trail, pergi ke kampung nelayan, melihat ikan lumba-lumba.

 

Macau pula adalah bandar kasino macam Genting Highland atau Las Vegas. Ia bukan sebahagian dari Hong Kong. Antara aktiviti paling popular di Macau adalan bungy-jumping dari menara Macau – yang merupakan bungy tertinggi dalam dunia!

 

Shenzen dihubungkan dengan Hong Kong dengan jalan darat sahaja. Korang boleh naik keretapi atau bas untuk ke Shenzen dan hanya mengambil masa 10-20 minit. Antara aktiviti popular dekat Shenzen adalah taman macam Windows of the World, Coco Park, dan Slendid China Park.

 

*Untuk ke Shenzen, perlu ada visa sebab ia dalam negara China. 

 

5. Naik tram dalam bandar

Kalau dah penat berjalan, boleh lah cuba tram untuk sight-seeing sekitar bandar Hong Kong. Servis ini macam bas hop-on-hop-0ff di KL. Bezanya, ia bukan dengan bas tetapi dengan tram – atau Ding-Ding – iaitu keretapi elektrik di tengah-tengah jalanraya.

 

Tram mula beroperasi di Hong Kong sekitar tahun 1920an lagi. Cuba duduk di dek atas sebab pemandangan dari situ lebih baik dari dek bawah.

 

Kalau korang ada pas Kad Octopus, ia boleh digunakan untuk tram ini juga. Biasanya harga lebih murah kalau pakai kad Octopus bila naik MTR (train), bas, feri dan tram.

 

6. Madame Tussauds Museum

Madame Tussauds Hollywood Museum adalah muzium yang popular dengan patung lilin selebriti antarabangsa. Kalau pergi Hong Kong ramai-ramai boleh datang sini dan ambil gambar. Kalau pergi sorang, boleh skip rasanya.

 

Madame Tussaud ada banyak dalam dunia ni. Di Asia saja ada lebih kurang 10. Jadi terpulang nak pergi di Hong Kong atau Bangkok atau Singapura atau tempat lain.

 

7. Ocean Park

Ocean Park adalah antara taman tema paling popular di Hong Kong yang sesuai untuk family ataupun dengan kawan-kawan.

 

Disini ada aquarium paling besar di Hong Kong, pertunjukan ikan lumba-lumba, roller coaster, persembahan kebudayaan dan macam-macam lagi. Paling kurang perlu luangkan masa sehari suntuk disini.

 

Memandangkan tempat ini sentiasa ramai orang, kalau boleh cuba elakkan hari minggu, pergi awal pagi (sebelum pukul 10), beli tiket awal-awal dan bawa air dan snek (ada juga beberapa restoran halal dalam taman tema ini).

 

8. Disneyland!

Bagi saya ini aktiviti paling best dekat Hong Kong. Mungkin ia Disneyland paling kecil di dunia, tapi masih tak cukup sehari suntuk disini. Paling kurang dua hari dan paling santai adalah 3 hari untuk pergi ke semua tempat dan buat semua aktiviti.

 

Macam Ocean Park juga, tempat ini sentiasa ramai orang – jadi cuba elakkan hari minggu dan datang seawal yang boleh, dan beli fast pass untuk station yang popular. Dari bandar boleh naik keretapi atau feri.

 

Antara tarikan yang menarik adalah pertunjukan 4d, roller coaster dan ride yang lain, parade (dari watak-watak disney), dan pertunjukan bunga api waktu malam (sangat cantik).

 

Bagi saya Disneyland bukanlah tempat untuk kanak-kanak sahaja, tapi untuk semua orang. Nak buat trip honeymoon kat sini boleh 🙂 Kalau korang cuma ada 3 hari di Hong Kong dan hanya melawat Disneyland sekalipun memang berbaloi.

 

Jadi, kalau pergi ke Hong Kong nanti, bolehla pergi ke tempat-tempat ini. Kalau yang dah pergi Hong Kong, apa tempat favourite korang?

 

*Artikel ini ada link affiliate untuk Klook. Saya ada buat research sikit, kebanyakan harga disini lebih murah berbanding beli sendiri di website atau walk-in. Tapi sebelum beli, buat perbandingan sendiri supaya dapat the best price!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *