Travel Tips

7 Tips Beli Tiket Murah

Tiket kapal terbang adalah antara kos paling tinggi bila nak pergi travel, terutamanya kalau nak pergi tempat jauh. Tapi kita masih boleh dapat harga berbaloi kalau pandai guna tips yang betul.

Kat sini saya senaraikan beberapa tips beli tiket murah yang memang dijamin. Tips ni adalah tips biasa yang sepatutnya korang dah tahu.

 

1. Beli awal sewaktu ada promo

Harga tiket penerbangan paling murah, untuk orang Malaysia, biasanya adalah dari Air Asia – terutamanya ke negara Asia. So far, Air Asia memang my favourite airlines saya. Waktu paling murah untuk beli tiket adalah waktu promo RM0 seat – biasanya setahun sebelum tarikh travel.

Memang bagi sesetengah orang macam tak berbaloi nak plan setahun awal, tapi bagi backpackers tegar, ini adalah perkara biasa. Lagi awal plan dan beli tiket lagi bagus sebab senang nak rancang itinerary. Lepas dah beli tiket boleh book penginapan, yang juga biasanya lebih murah dan banyak pilihan kalau tempah awal.

Tapi Air Asia cuma terbang ke negara ini sahaja:

  • Australia
  • Bangladesh
  • Brunei
  • Cambodia
  • China
  • Hong Kong
  • India
  • Indonesia
  • Japan
  • Laos
  • Macao
  • Maldives
  • Malaysia
  • Myanmar
  • Nepal
  • New Zealand
  • Philippines
  • Saudi Arabia
  • Singapore
  • South Korea
  • Sri Lanka
  • Taiwan
  • Thailand
  • Vietnam
  • United States

Untuk negara yang Air Asia tak pergi, boleh la pakai tips lain, sebab biasanya airlines lain tak buat promo setahun awal (setahu saya lah, kalau korang ada info boleh share dekat sini).

 

2. Jangan travel waktu peak season atau musim cuti sekolah/public holiday

 

Peak season bagi kebanyakan negara 4 musim adalah ketika musim panas dan untuk negara tropikal pula ketika tiada monsun (musim hujan). Biasanya waktu ini selain tiket kapal terbang, kos penginapan dan aktiviti juga lebih tinggi.

 

Sama juga waktu cuti umum dan waktu cuti sekolah.

 

Tips ini mungkin tak terpakai untuk orang yang dah berkeluarga, sebab itu saja waktu yang ada untuk jalan-jalan. Tapi, kalau untuk orang bujang atau solo traveler, memang digalakkan untuk travel selain dari waktu peak season.

 

Biasanya saya memang mengelak untuk mengembara pada bulan Disember sebab waktu itu seluruh dunia dalam mood percutian dan perayaan, jadi tak banyak tawaran untuk tiket murah (terutamanya untuk kapal terbang bajet).

 

3. Guna Skyscanner untuk buat perbandingan harga

Sebelum apa-apa, bila jer terfikir nak pergi satu-satu tempat, perkara pertama yang saya buat adalah pergi skyscanner dan cari tiket dari Kuala Lumpur. Ada dua sebab saya pergi Skyscanner. Pertama nak tengok Airlines mana yang beroperasi untuk ke tempat itu dari KL, dan kedua nak tengok range harga dan cari tarikh yang murah.

 

Lepas tu baru check website airlines. Kalau tarikh lama lagi, saya akan buat alert ke emel untuk tahu kalau-kalau ada deals dalam 2,3 bulan akan datang.

 

Selain Skyscanner, comparison site yang lain adalah – BudgetAir.com, Expedia Flights, Matrix Airfare dan Tripsta. Boleh juga guna Kayak atau Google Flights.

 

 

4. Guna browser dalam mode incognito

Bila nak cari tiket murah, amat digalakkan untuk buka web browser dalam mod incognito (atau in-private browsing). Ini adalah supaya web browser tak simpan data yang kita cari ( ia dipanggil ‘cookie’ dalam terma IT). Ada sesetengah airlines yang ambil kesempatan ini untuk manipulasi harga berdasarkan apa yang kita telah cari sebelum ini dan menawarkan harga yang lebih mahal.

 

Bila pakai mod incognito, maklumat carian kita tak disimpan dan sistem airlines tak dapat detect apa yang kita mahu, jadi ia tak dapat manipulasi preference. Setakat ini, saya memang sentiasa cari dan tempah tiket dalam mod in-cognito, all the time.

Dan, tidak digalakkan juga nak cari tiket murah guna mobile Apps sebab dekat situ memang kena login, so ‘history’ sentiasa ada. Tak pasti kalau ia berfungsi sama macam cookie, tapi, untuk selamat, lebih baik cari dulu dengan incognito, lepas tu, kalau perlu, baru pergi Apps untuk tempah kalau dah confirm nak pergi mana, dan sudah ada tarikh.

 

 

 

5. Register newsletter

Sebagai pengembara dari Malaysia, saya amat galakkan untuk register untuk newsletter Air Asia sebab ia biasanya tawarkan harga paling murah, berbanding airlines lain (saya pernah monitor harga beberapa airlines hampir setiap hari tahun lepas). Tapi kalau nak ke lokasi yang tak ada Air Asia, kena buat kajian sikit airlines mana yang biasa berlepas dari KL ke sana.

 

Untuk beberapa bandar ke Eropah contohnya, Scoot Airlines biasanya agak murah waktu sale. Antara destinasi popular adalah Athens dan Berlin. Untuk airlines yang lain, korang boleh guna tips nombor 3 untuk cari airlines yang mana beroperasi dari Kuala Lumpur ke destinasi tersebut.

 

6. Follow FB page airlines

Buat masa ini, Facebook adalah platform paling cepat untuk syarikat penerbangan meletakkan promo dan berita terkini. Jadi, sila ‘Follow’ airlines yang korang suka supaya tak terlepas promo. Sebaiknya set sebagai ‘See First’ supaya bila buka saja Facebook, kita akan nampak berita dari page mereka dahulu sebelum feed yang lain.

 

Kadang-kadang syarikat airlines ada contest di Facebook yang biasanya menawarkan tiket atau pakej percutian atau paling tidak,mata ganjaran. Jadi, memang berbaloi untuk follow page mereka.

 

7. Terbang pada hari Selasa/Rabu

Secara teknikal, tiket pada hari Selasa dan Rabu murah sedikit berbanding hari Jumaat hingga Ahad. Ini kerana, pada pertengahan minggu, kebanyakan orang bekerja.

 

Mungkin agak sukar untuk mereka yang kerja pejabat untuk guna tip ini, tapi kalau untuk yang tak terikat dengan kerja biasa, contohnya kerja sendiri atau ada waktu kerja yang fleksibel, cari tiket penerbangan pada hari Selasa dan Rabu adalah pilihan terbaik.

 

7 tips ini rasanya ramai orang dah tahu dan amalkan dan memang berkesan. Cuma janganlah kita nak harapkan harga tiket tak masuk akal macam RM100 ke Korea atau RM50 ke Bali, memanglah tak dapat. Yang penting, harga yang kita bayar berbaloi dan masih dalam bajet, ia sudah cukup baik.

 

Secara peribadi, saya paling suka tips nombor 1. Setakat ini saya dah dapat banyak tiket murah bila tempah awal waktu RM0 promo. Memang berbaloi!

 

Kalau korang ada tips lain, bolehla share disini juga 🙂

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *