7 sebab kenapa korang mesti melawat India – at least sekali seumur hidup

Bila sebut pasal India, macam-macam cerita yang biasa kita dengar. India negara yang bahaya lah, banyak jenayah, kotor, miskin, tak ada apa yang menarik. Dan kalau kita cakap nak travel ke India dekat kawan-kawan, ada je yang cakap ‘kenapa lah dalam banyak-banyak negara nak pergi travel India’?

 

Personally ,bagi saya, India adalah antara negara paling menarik dalam dunia. Negara ini sebenarnya kaya dari segi budaya, sejarah, alam semulajadi, manusia, makanan dan unik dari banyak segi. Ia juga antara destinasi yang murah dan berbaloi untuk rakyat malaysia mengembara. Setakat ni dah dua kali saya mengembara ke India – tak pernah pergi solo lagi.

 

Kalau sebelum ni tak pernah rasa nak pergi India, senarai ni mungkin boleh buat korang tukar fikiran.

 

1. Melihat salah satu dari 7 Wonders of The World – Taj Mahal

Taj Mahal di Agra

 

Siapa yang tak kenal Taj Mahal. Ia adalah salah satu dari 7 Wonders of The World. Taj Mahal sebenarnya hanya sebuah makam. Ia dibina oleh seorang raja Mughal, Shah Jahan untuk isteri kesayangannya yang bernama Mumtaz Mahal.

 

Siap pada tahun 1632 (385 tahun dulu), Taj Mahal mempunyai senibina yang mewah, dibina dengan teliti dengan kos yang sangat mahal. Bukan sahaja dapat menandingi senibina moden, ia juga menggunakan batu dan marmar berkualiti tinggi yang diimport dari pelbagai negara.

 

Dekat Malaysia tak ada bangunan yang macam ni, yang berusia ratusan tahun dan masih cantik dan kukuh. Ia memang berbaloi untuk dilihat dengan mata kepala sendiri.

 

2. Merasai suasana bandar yang paling ramai penduduk di dunia

Pemandangan bandar Delhi dari menara Jama Masjid

 

New Delhi dan Mumbai merupakan antara 10 bandar yang paling ramai penduduk dalam dunia. Dalam Delhi sahaja ada lebih kurang 19 juta orang. Ia lebih dari separuh populasi keseluruhan Malaysia.

 

Delhi memang sesak dengan manusia. Tak kira atas jalanraya, dalam kawasan tarikan pelancong, dalam metro (macam lrt) atau tempat makan, semuanya ramai orang.

 

Sudahlah ramai manusia, Delhi juga ada banyak lembu dekat jalanraya. Dengan cuaca yang panas dan berdebu korang mesti rasa tak sabar nak balik Malaysia. Itu belum dicampur lagi dengan macam-macam scam yang ada, terutamanya bila mereka nampak pelancong asing.

 

Tapi itulah gunanya mengembara, melihat keadaan orang lain membuatkan kita rasa lebih bertuah dekat negara sendiri.

 

 

3. Melihat kecantikan negeri Jammu Kashmir

Panggong Lake di Leh, Ladakh. Kalau korang tengok cerita 3 Idiots, inilah tasik tu.

 

Dalam berita atau suratkhabar, kita memang selalu tengok situasi India macam point No.2 kat atas ni – sesak, berdebu dan miskin. Tapi sebenarnya India lebih dari itu. Untuk cari pemandangan yang cantik, korang boleh pergi ke bandar di kawasan utara India, contohnya Kashmir.

 

Dekat sini, pemandangannya memang cantik sangat macam Eropah sebab ia ada 4 musim dan merupakan kawasan tanah tinggi. Dari Srinagar, korang boleh pergi ke Gulmarg untuk ber ski waktu musim sejuk. Pada musim bunga, korang boleh pergi Pahalgam yang dikatakan sebagai ‘mini Switzerland’. Pada musim panas pula, korang boleh ke Ladakh untuk treking di banjaran Himalaya yang setaraf Nepal – antara yang paling popular adalah Markha Valley.

 

Tapi, mungkin disebabkan kecantikan Kashmir dan juga majoriti penduduk Muslim disini, Pakistan masih cuba untuk mendapatkan Kashmir untuk menjadi sebahagian dari negaranya. Jadi, kadang-kadang berlaku pergelutan serius antara tentera kedua-dua negara. Korang cuma perlu alert kalau ada berita terkini.

 

Waktu lain, ia sangat selamat untuk melawat Kashmir dan orangnya baik-baik belaka. Korang juga akan nampak tentera ada dimana-mana.

 

 

4. Merasa Chai Masala yang sebenar di Jodhpur

Ini rempah untuk chai masala. Nampak macam nak buat masak ayam je, tapi percayalah, dengan resepi yang betul, teh berempah masala sangat sedap!

 

Chai Masala adalah teh campuran rempah dan juga susu yang merupakan minuman paling popular di India. Ia macam teh tarik tapi tak ada buih dan dimasak dengan campuran banyak rempah dan susu segar.

 

Ini minuman kegemaran saya dan kawan-kawan waktu kami mengembara di India. Dari dalam keretapi, kedai biasa, kedai fast food ataupun di hostel, memang chai masala yang kami order.

 

Tapi chai masala yang paling sedap adalah di satu kedai menjual teh di Jodhpur. Disitu juga kami belajar cara menyediakan chai masala paling sedap. Memang berbaloi.

 

5. Mengenali Mahatma Gandhi dengan lebih dekat

 

Mahatma Gandhi adalah antara 100 pemimpin paling berpengaruh dalam dunia. Seorang peguam yang merasai layanan racist di Afrika, dia pulang ke India dan memperjuangkan kemerdekaan dan demokrasi. Waktu itu India masih dijajah British.

 

Sifat dan pendekatan Gandhi bukan dengan kekerasan sebaliknya kelembutan. Dia akhirnya berjaya memerdekakan India walaupun tak lama selepas itu dia ditembak mati oleh seorang ekstremis Hindu.

 

Di Delhi, korang boleh pergi ke Gandhi Smriti, iaitu tempat dimana Gandhi menghabiskan 144 hari terakhirnya sebelum ditembak pada 30 Jan 1948 di tempat itu juga. Ia seperti sebuah muzium yang menceritakan kisah hidup Gandhi.

 

6. Melihat salah satu bandar paling tua dalam dunia – Varanasi

Varanasi dan Sungai Gangga

 

Bandar Varanasi yang terletak di tengah-tengah antara Kolkata dan Delhi merupakan antara 20 bandar paling tua di dunia. Ia terletak betul-betul di sebelah sungai Gangga. Dahulunya dikenali sebagai “Benares”, bandar ini juga merupakan salah satu bandar suci untuk penganut Hindu.

 

Disini korang akan familiar dengan terma ‘ghat’ iaitu ‘tangga yang menuju ke sungai’. Memang disepanjang sungai ada tangga ini. Ghat yang paling popular adalah Manikarnika. Sebabnya, disinilah tempat untuk pembakaran dan pengebumian mayat pengikut Hindu.

 

Pembakaran mayat di Ghat Manikarnika beroperasi setiap masa, 24 jam/7 hari seminggu. Bukanlah sesuatu yang boleh dilihat oleh semua orang, ia adalah suatu pengalaman unik yang susah nak dapat dekat tempat lain.

 

To travel is also to understand cultures.

 

7. Menaiki salah satu keretapi di India

Stesen keretapi yang sentiasa sibuk dan penuh dengan manusia

 

Dari filem Kush Kush Hota Hai, Dilwale Dulhanie Le Jayenge sehinggalah ke Chennai Express dan Darjeeling Limited, semuanya ada menunjukkan babak naik keretapi.

 

Jadi, kalau korang ke India semata-mata nak naik keretapi pun memang berbaloi. India dan keretapi tak dapat dipisahkan. Dengan menaiki keretapi kita dapat kenal cara hidup orang India dengan lebih dekat, terutamanya kalau kita ambil kelas kedua atau ketiga (bukan first class – sebab ia tertutup dan biasanya ada pelancong asing je).

 

Dan semestinya, makan capati dengan kari dengan chai masala dalam keretapi adalah lagi satu pengalaman yang korang hanya akan dapat di India.

 

Tambahan:

 

8. Melawat beratus kubu dan istana lama

India sangat kaya dengan sejarah sejak ratusan tahun dulu dan banyak bangunan lama yang masih dijaga dengan baik sampai sekarang. Kalau korang minat architecture, memang India adalah salah satu negara yang wajib untuk korang pergi dan tengok kehebatan senibina lama (dan juga baru).

 

9. Mengagumi Bandar Biru Jodhpur

Kalau tak mampu nak pergi ke Santorini di Greece untuk melihat bandar biru, di Jodhpur juga ada bandar biru. Hampir semua bangunan disini berwarna biru. Dari Mehrangarh Fort, kita dapat tengok matahari terbenam berlatar belakangkan bandar biru yang sangat cantik.

Bandar biru Jodhpur sewaktu matahari terbenam. Gambar diambil dari Mehrangarh Fort.

India has too much to offer untuk setiap orang. Memang berbaloi korang mengembara ke India, walau korang jenis pengembara jenis macam mana sekalipun. Carilah destinasi yang korang suka dan cubalah mengembara ke India, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

 

Percayalah, its worth it.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *