16 aktiviti percuma/murah di Sydney

Seperti dijanjikan, ini adalah artikel terakhir tentang  aktiviti percuma/murah di bandar-bandar besar Australia. 3 artikel yang lepas adalah untuk Melbourne, Brisbane dan Perth, dan kali ini, Sydney.

Sydney merupakan bandar terbesar di Australia dan disinilah juga bandar pertama yang menjadi penempatan orang Eropah pada tahun 1788. Sydney juga merupakan antara bandar paling mahal untuk dilawati dalam dunia. Jadi disini saya senaraikan beberapa aktiviti percuma dan murah untuk dilakukan di Sydney.

IMG_0315

  1. Free Walking tour

Seperti Melbourne, Sydney juga ada Free Walking tour. Korang hanya perlu ke Town Hall Square atau Cadmans Cottage dan local guide yang berbaju hijau akan datang untuk membawa pelancong mengelilingi bandar Sydney dengan percuma. Dan seperti Melbourne, walaupun tour ini ‘percuma’, mereka mengharapkan kita memberikan sedikit tips (kerana biasanya ini pekerjaan tetap mereka). Terpulang kepada invididu sebanyak mana mahu memberi tips.

  1. Queen Victoria Building

Kalau korang suka beli belah barang berjenama ini adalah tempat paling popular di Sydney. Tapi, kalau tak suka beli belah pun saya sarankan datang kesini untuk melihat seni bina bangunan yang siap dibina pada tahun 1898 ini. Ia antara bangunan paling cantik di Sydney. Disini juga ada satu kapsul yang menyimpan surat Queen Victoria yang hanya akan dibuka pada tahun 2085.

  1. Laluan pantai dari Bondi ke Coogee Beach

Laluan pantai sepanjang 6 kilometer menjadi satu tarikan paling menarik bagi pelancong ke Sydney. Bukan sahaja kerana ianya percuma, ia mempunyai beberapa pantai untuk disinggahi di samping pemandangan yang indah sepanjang jalan.

  1. Bas percuma

Shuttle Bus yang ada di tengah bandar ini agak serupa dengan tram di Melbourne, walaupun tidak merangkumi kawasan yang besar seperti bas di Perth, masih menjadi kelebihan untuk pelancong bajet kerana laluannya adalah di tempat-tempat tarikan utama Sydney seperti Town Hall, the Queen Victoria Centre, Centrepoint Tower, Martin Place, Circular Quay.

IMG_9854

  1. Hyde Park

Seperti London, Sydney juga ada Hyde Park. Selain tempat untuk bersiar-siar disini juga terletaknya bangunan Memorial Anzac yang menempatkan pameran tentang Australian and New Zealand Army Corps, iaitu gabungan tentera Australia dan New Zealand. Kalau korang macam saya yang sukakan muzium, disinilah tempatnya untuk kita tahu lebih banya tentang ANZAC.

  1. Observatory Hill Park

Kalau di Brisbane ada Mount Coo-Tha Lookout, di Syndey ada Observatory Hill, iaitu selain merupakan pusat untuk aktiviti dan kajian astronomi, ia juga ada taman di luar yang membolehkan pelancong melihat panorama Sydney dari tempat yang tinggi. Dari sini korang dapat melihat Sydney Harbour bridge dari sudut yang berlainan.

  1. Pasar-pasar sekitar Sydney

Sydney mempunyai beberapa pasar yang biasanya popular dengan makanan, barangan segar dan juga barangan pakaian dan kesenian. Ia juga adalah tempat yang paling menarik untuk melihat warga tempatan meluangkan masa di hujung minggu dengan keluarga dan rakan-rakan. Disini juga biasanya ada persembahan busking dari penghibur amatur tempatan.

  1. Art Gallery NSW

Sepanjang di Australia, galeri ini adalah antara yang paling saya suka walaupun saya kurang arif tentang seni. Kebanyakan pameran juga adalah percuma dan ia memaparkan karya-karya terbaik tempatan dan juga karya-karya Eropah. Kalau mahu tahu lebih lagi pameran yang ada, korang boleh juga mengikut guided tour yang sentiasa disediakan disini mengikut jadual tertentu.

IMG_0008(1)

  1. Melancong pada hari Ahad

Dengan harga AUD2.50 (RM 8) setiap orang, korang boleh mengambil seberapa banyak perjalanan dengan pengangkutan awam pada hari Ahad di sekitar Sydney. Sebenarnya ia amat murah dari harga asal dan berbaloi untuk berjimat untuk kos pengangkutan yang merangkumi bas, keretapi, feri dan LRT. Sila klik di atas untuk maklumat lanjut.

  1. Sydney Harbour Bridge

Harga untuk memanjat Sydney Harbour Bridge adalah sangat mahal (lebih dari RM500), tapi itu tak semestinya tidak boleh menghayati keindahan dan kemegahan mercu tanda Sydney ini. Tahukah korang bahawasanya kita boleh berjalan di atas jambatan ini secara percuma? Selain diatas jambatan ini, berjalan-jalan di sekitar Harbour Bridge adalah satu aktiviti percuma yang menyenangkan dan korng dapat melihat sisi bandar Sydney yang sering-sering disebut orang.

  1. Royal Botanical Garden

Kalau ada ruang kosong dalam itinerary, bolehlah luangkan masa berjalan-jalan di taman yang penuh dengan flora dan fauna Australia ini. Dari Sydney Harbour korang boleh berjalan terus kesini. Setiap hari juga ada guided walk pada jam 10.30 pagi dari the Garden Shop.

  1. Government House

Berdekatan dengan Royal Botanical Garden juga dimana terletaknya Government House. Ia merupakan bangunan lama yang dibina pada tahun 1837 yang menjadi kediaman Gabenor New South Wales sejak dulu. Bangunan ini dibuka dari hari Jumaat – Ahad dan hari cuti umum dan hanya dibenarkan masuk dengan guided tour sahaja.

  1. Festival di Sydney

Sydney adalah bandar yang penuh dengan festival. Hampir kebanyakan masa, ada sahaja festival yang diadakan. Tapi festival besar-besaran adalah seperti di bawah:

IMG_0212

Sambutan Tahun Baru – Untuk melihat sambutan tahun baru paling meriah di Australia adalah di Sydney atau Melbourne. Biasanya pertunjukan bunga api di Sydney adalah paling menarik ketika sambutan tahun baru berbanding festival lain.

Vivid Sydney – Adalah festival terbesar yang biasanya berlangsung selama beberapa minggu. Waktu ini Sydney disimbahi cahaya, dipenuhi dengan muzik dan pertunjukan lain yang sesuai untuk seisi keluarga.

The Sydney Festival – Untuk 3 minggu setiap Januari, Sydney menganjurkan pelbagai acara yang merangkumi tarian , teater, seni visual, muzik dan pelbagai aktiviti lain lagi. Walaupun tidak semuanya percuma, masih banyak aktiviti-aktiviti percuma yang disediakan sepanjang festival ini. Jadi kalau korang ke sana pada bulan Januari, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan orang tempatan meraikan festival ini.

  1. Darling Harbour

Selain Sydney Harbour, Darling adalah satu lagi tempat untuk berjalan dan mencuci mata. Berdekatan dengan Chinatown (yang juga ada beberapa kedai makanan halal), ia tempat yang baik untuk berjalan-jalan selepas makan malam sebelum pulang ke hostel. Disini juga ada Muzium Maritim yang mempunyai beberapa pameran percuma juga.

IMG_9984

  1. Feri ke Manly Island

Tips yang saya dapat dari free walking tour, kalau nak lihat pemandangan terbaik Sydney Opera House, ia adalah dari perjalanan dari Circular Quay ke Manly dengan feri ini, terutamanya ketika berlangsungnya Festival Vivid Sydney. Di Manly Island, korang juga boleh melakukan beberapa trekking yang menarik.

  1. Muzium

Terdapat banyak muzium yang boleh dilawati di Sydney seperti Museum of Sydney (AUD10), Australian Museum (AUD15), Hyde Park Museum (AUD 10), Macleay Museum (percuma), Nicholson Museum (percuma), The Rock Discovery Museum (percuma) dan Museum of Applied Arts and Science (AUD15).

IMG_0327(1)

Begitulah sedikit sebanyak aktiviti percuma dan murah untuk korang cuba jika ke Sydney. Kalau ada tips lain bolehlah kongsi dekat bahagian komen.

Recommended hostel di Sydney:

Big Hostel

Sydney Central YHA

Sydney Harbour YHA

Semoga semua yang membaca mendapat manfaat dari 4 siri artikel ini.

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *