10 aktiviti percuma/murah di Perth

 

Selepas Melbourne dan Brisbane, sekarang saya kongsikan aktiviti percuma/murah di Perth pula. Tak perlu tulis mukadimah panjang-panjang, here you go:

  1. Kings Park

Merupakan antara tempat paling popular di Perth dan ianya percuma. Kings park adalah taman yang sangat besar dan meliputi beberapa bahagian seperti di Fraser Avenue Lookout yang mana dari sini anda boleh melihat bandar Perth dari lookout tinggi. Botanic Garden adalah taman yang mempunyai pelbagai flora dan fauna Australia dan ada juga free guided tour. Boleh juga kalau mahu trekking disini. Dan untuk kanak-kanak, ada satu tempat yang dinamakan Rio Tinto naturescape dimana ada banyak aktiviti untuk  mereka. Disini juga anda boleh belajar tentang komuniti orang asli Australia dengan tour percuma atau aktiviti lain yang ada. Anda boleh habiskan seharian disini sahaja.

 

  1. Western Australian Museum

Muzium yang menempatkan pelbagai pameran tentang Western Australia. Kalau anda macam saya yang mesti melawat muzium, tempat ini adalah satu kemestian. Seperti biasa, ada pameran berbayar, dan banyak pameran yang percuma.

IMG_5192

  1. The Art Gallery of Western Australia

Terdapat galeri lama dan kontempoari yang dipamerkan disini. Hasil seni penduduk orang asli juga ada. Selain itu mereka menyediakan walk-in tours percuma. Ia ditutup setiap hari Selasa.

 

  1. Free Wifi Area

Perth adalah bandar paling cool kerana menyediakan wifi percuma di tengah-tengah bandar. Untuk keterangan lanjut boleh baca penerangan dari link diatas.

perth free wifi

  1. ICity Tour

Kalau di New Zealand, mereka ada iSite di hampir kesemua bandar tak kira kecil atau besar, di Perth ini mereka ada iCity Tour. Disini anda boleh  mendapat maklumat terkini tentang Perth seperti apa yang menarik dan tips-tips lain dari sukarelawan yang ada di iCity tour ini. Anda boleh menemui mereka untuk bertanya apa-apa sahaja tentang Perth. Dan bagi saya, info dari orang tempatan adalah terbaik.

 

  1. Northbridge Piazza

Ia adalah kawasan padang yang ada skrin besar. Disini biasanya ditayangkan filem dan sesiapa sahaja boleh datang dan menonton sambil berkelah dengan rakan-rakan atau keluarga. Boleh bawa bantal, tilam dan sebagainya. Buat macam rumah sendiri. Kawasan ini jauh sedikit dari pusat bandar, kalau berjalan kaki dalam 20 minit juga. Tapi di kawasan ini juga ada beberapa hostel dengan harga berpatutan.

DSC_0025

  1. Perth Free Bus Zone

Satu lagi yang menarik tentang Perth adalaha pengangkutan percuma di dalam zon Free Bus. Di dalam kawasan ini anda boleh menggunakan bas Transperth ataupun bas CAT yang percuma. Kalau anda mahu berlegar-legar di tengah-tengah bandar, memang tak perlu keluar duit dengan menaiki bas ini.

 

  1. Freemantle

Hanya dengan keretapi, anda boleh sampai ke Freemantle yang sejauh 20 kilometer sahaja. Bandar ini popular dengan kesenian, market, festival, dan kawasan pesisir pantai. Antara yang paling popular adalah pasarnya. Ada bermacam-macam barang di sini untuk anda cuci mata. Selain itu anda boleh juga melawat muzium kapal, penjara lama dan berjalan dan minum kopi di Cappucino Strip.

IMG_5207

  1. Day Trip di bandar berdekatan seperti:

Rottnest Island

Rottnest Island merupakan pulau paling dekat dengan Perth. Tambang feri ke sini bermula dari AUD65-90 (jika anda mahu menyewa basikal juga). Ada 2 syarikat feri yang beroperasi dari Perth dan tiket boleh dibeli secara online. Kalau mahu mandi manda, berkelah atau berbasikal, inilah tempat paling baik. Di pulau ini juga kereta tak dibenarkan, jadi anda boleh mengayuh basikal dengan senang hati. Disini juga ada haiwan yang anda tak akan jumpa di tempat lain iaitu quokka, yang menyerupai tikus yang besar, tapi lebih comel.

 

The Pinnacles

The Pinnacles yang terletak di Taman Negara Nambung adalah salah satu fenomena alam yang unik di Australia. Jaraknya sejauh 250 kilometer dari Perth dan tiket masuk hanya USD12 untuk satu kereta. Kalau anda menyewa kereta, tempat ini adalah satu kemestian untuk melihat pemandangan yang tidak ada di Malaysia.

DSC_0073-small

Lancelin

Lancelin terletak kira-kira 130 kilometer dari Perth dan aktiviti yang paling popular disini adalah meluncur bukit pasir. Anda boleh menyewa ‘board’ dari bandar dengan harga sekitar AUD10 (beserta deposit yang akan dipulangkan). Kalau mahu satu aktiviti yang luar biasa, bolehlah ber-sand boarding di Lancelin.

IMG_5323

Penguin Island

Anda perlu memandu 50 kilometer ke utara dan menaiki feri untuk kesini. Untuk maklumat lanjut tentang harga feri dan aktiviti lain boleh klik pada link di atas. Disini yang paling popular adalah penguin. Tapi anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti berkayak, melihat singa laut, ikan lumba-lumba dan boleh berenang dengan mereka juga.

 

Recommended hostel dekat Perth:

Hay’s Street Traveller’s Inn

Freemantle Prison YHA

The Witch’s Hat

Tunggu artikel berikutnya tentang aktivi percuma di Sydney pula!

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *